Motosikal / Lain Lain Roda

Isu Kapcai Kembali Hangat Dengan Satu Lagi Cadangan Untuk Ia Diharamkan

Seorang perancang pengangkutan, Wan Agyl Wan Hassan, mencadangkan agar motosikal “kapcai” dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.

Beliau menyifatkan motosikal “kapcai” ini sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang membabitkannya yang tinggi.

Walau bagaimanapun, difahamkan, pihak kerajaan Malaysia masih belum memberikan maklum balas terhadap cadangan yang latest ini.

Sebenarnya, cadangan untuk membendung penggunaan motosikal “kapcai” oleh remaja telah diutarakan sejak 14 tahun lalu termasuk pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019 di mana seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun hanya menggunakan skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah. Perkara yang sama turut dikemukakan oleh ahli lembaga pengarah MIROS pada forum keselamatan motosikal di Perlis dua tahun lalu. Bulan lalu saja, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan mengenakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan remaja bersekolah menunggang moped atau motosikal berkapasiti enjin kecil yang hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 45km/j.

Kapcai adalah istilah Malaysia dan Singapura. Perkataan slang atau loghat ini datang dari perkataan Cantonese, yang di sambungkan dengan perkataan “Cub” dari nama Honda Cub dan “仔” dalam bahasa Cina. Dalam loghat Cantonese, “仔” (disebut “cai” “jai” atau pinyin “zai“) bererti “kecil” (atau “halus”, “mini”, etc). Dengan itu,”kapchai” kalau di terjemah terus ialah “Cub Kecil”. Dengan Honda menjadi jenama paling popular di Malaysia, semua motosikal jenis “underbone” macam Honda Cub di panggil “kapchai”. Di Indonesia, ia dipanggil “moto bebek[9] (“moto itik”).

Underbone ialah jenis motosikal yang menggunakan rangka tiub berstruktur dengan lapisan plastik atau panel badan bukan struktur.

Semasa bual bicara program Astro Awani, Wan Agyl Wan Hassan berkata, “Di Malaysia, ‘kapcai’ adalah jentera pembunuh yang mengakibatkan banyak kematian – secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun – dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara. Dianggarkan terdapat 11 juta motosikal “kapcai” aktif di Malaysia. Dapatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.”

Wan Agyl Wan Hassan, adalah bekas ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pendapat beliau menular di sosial media dan telah mencetus ketidakpuasan dari ramai kalangan netizen.

Yus dari Arena Motosikal berpendapat cadangan Wan Agyl Wan Hassan adalah “separuh masak” dengan persoalan “adakah itu solusi terbaik yang kita ada setakat ini? Ibarat marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Negara mana di dunia ini yang telah mengharamkan penggunaan motosikal kapcai @ moped?”

Yus berpendapat bahawa, “Ada banyak sebab kenapa motosikal kapcai tidak boleh diharamkan penggunaannya di negara kita pada ketika ini. Sebab utama ialah ekonomi. Motosikal kapcai merupakan salah satu sistem pengangkutan yang dijual pada harga mampu milik, kos penggunaan petrol yang menjimatkan, serta kos penyelenggaraan juga berada pada paras minima. Motosikal kapcai adalah kenderaan utama untuk rakyat berpendapatan rendah, yang digunakan untuk pelbagai urusan seharian. Bayangkan rakyat Malaysia tanpa motosikal kapcai, mampukah mereka semua untuk beralih menggunakan jenis pengangkutan yang lain sepenuhnya seperti superbike, kereta atau motosikal elektrik?

Yus turut bertanya, “Bagaimana pula dengan pelbagai faktor lain yang turut sama menyumbang kepada berlakunya peningkatan kadar kemalangan? Misalnya keadaan jalan raya yang rosak, penguatkuasaan undang-undang yang lemah, dan kurangnya kempen keselamatan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan lain yang perlu dipertimbangkan oleh ‘pakar’ dan juga pihak kerajaan, sebelum hanya mengambil langkah mudah untuk mengharamkan penggunaan motosikal kapcai di Malaysia.”

Saya sendiri seorang penunggang motosikal (sekarang Vespa)dan saya setuju bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah lemah. Ramai (bukan semua) dikalangan penunggang “kapcai” (dan juga bererapa moto lain) tidak mematuhi undang-undang because, they get away with it. Lebih-lebih lagi pada zaman rider penghantar makanan sekarang. Kerana pemantauan rendah, mereka redah saja dan 99% kali, tiada siapa yang peduli. 0.9% kena langgar, 0.1 % berhemah. Malah ramai diantara mereka berani melawan atau mengejek abang polis yang cuba menahan mereka sehinggakan abang polis sendiri sudah gibab, sudah malas melayan mereka. Saya selalu sendiri melihat, kesalahan dilakukan depan mata abang polis sendiri dan tiada apa-apa reaksi. Saya terfikir, mungkin penat, OTW balik. Kasi can.

Semua, saya kata, semua. Tak kiralah “kapcai” ke, “alphard” ke, “mustang” ke, lori/bas ke, basikal ke, semua, semua penggunna jalanraya perlu berhemah, hormati dan patuhi undang-undang, saling hormat menghormati pengguna lain barulah semua akan aman dan tenteram. Kan???

Previous post

Ini Dia Jaguar F-PACE SVR 2022 Baharu

Next post

Kilang Proton Di Tanjung Malim Guna Teknologi 5G Maxis

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *