Motosikal / Lain Lain Roda

Kapcai SYM E Bonus 110 (2018) Dilancarkan di Malaysia

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2010, kapcai SYM E Bonus kini boleh didapati dalam tiga varian iaitu E Bonus 110, E Bonus 110 H dan Bonus 110SR.

BHP

Ketiga-tiga varian menampilkan enjin yang sama iaitu enjin 108 cc silinder tunggal SOHC yang menghasilkan 7.1 hp pada 7,500 rpm. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear rotary empat kelajuan.

Dari segi kelengkapan, E Bonus 110 dan E Bonus 110 H didatangkan dengan brek gelendong pada bahagian hadapan dan belakang manakala Bonus 110SR mendapat brek cakera di hadapan dan brek gelendong di belakang. E Bonus 110 mempunyai rim jejari manakala E Bonus 110 H dan Bonus 110SR dilengkapi dengan sport rim tempaan.

EBonus Blue quater view

Fork teleskopik hadapan dan penyerap hentak dengan pegas gegelung berkembar didatangkan standard bagi semua varian. Di samping itu, Bonus 110SR turut mendapat soket USB yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar sambil menunggang.

Dengan berat kering 103 kg, motosikal E Bonus didatangkan dengan tangki minyak sebesar 4 liter serta penghidup elektrik dan tendang. Selain itu, terdapat juga suis kunci keselamatan dan ruang penyimpanan barang yang terletak di bawah tempat duduk.

E Bonus H black  side left

E Bonus 110 dijual pada harga RM3,768, manakala E Bonus 110 H dan Bonus 110SR masing-masing dijual pada harga RM3,898 dan RM4,278. Ia didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km. E Bonus 110 akan dijual bermula September ini manakala E Bonus 110 H dan Bonus 110SR bermula November ini.

 

Previous post

BMW Perkenal Roadster Z4 Terbaru Di Pebble Beach

Next post

Kalashnikov Berminat Hasilkan Kereta Elektrik?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *