Undang - Undang

Ketua Polis Negara Mahu Haramkan Penjualan Suzuki Raider R150 Fi

Berikutan tularnya rakaman video sebuah Suzuki Raider R150 Fi mencapai kelajuan 177 km/j di atas mesin dyno, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani melahirkan kebimbangan terhadap lambakan motosikal kapcai berprestasi tinggi sejak akhir-akhir ini.

Bercakap kepada Free Malaysia Today (FMT), Acryl Sani berkata kehadiran kapcai laju itu adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya.

“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit,” kata beliau.

Malah, beliau turut menyarankan model kapcai lincah yang berkemampuan tinggi yang ditunggang melebihi had laju wajib itu dilarang berada di jalan raya serta penjualannya di pasaran diharamkan.

Tegas beliau lagi, kenderaan seperti ini wajib diharamkan di Malaysia kerana tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j.

Suzuki Raider R150 Fi

Acryl Sani turut menggesa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) memainkan peranan utama mengkaji arah tuju permotoran serta merangka polisi motosikal selamat pada masa hadapan.

Laporan FMT turut menyebut bahawa setakat Ogos tahun lalu, bagi setiap 10 orang yang maut di jalan raya, tujuh merupakan pengguna motosikal dengan majoriti kematian terdiri daripada pengguna kapcai.

Previous post

Lotus Cars Kembali Ke Malaysia, Bilik Pameran Dibuka

Next post

BMW i4 eDrive40 M Sport Dibuka Untuk Pra-Tempahan - RM389,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *