Berita Auto

Aston Martin Valkyrie Akan Buat Penampilan Di Goodwood Festival Of Speed

Acara Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada minggu ini akan menyaksikan kemunculan pertama model flagship Aston Martin iaitu Valkyrie. Hypercar V12 hibrid itu akan dipandu di litar mendaki bukit yang terkenal itu oleh pemandu pasukan Formula 1 Aston Martin Cognizant iaitu Lance Stroll.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-14

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2017, Valkyrie merupakan hasil kerjasama antara Aston Martin dan Red Bull Racing. Kuasa dibekalkan oleh enjin aspirasi natural V12 bersesaran 6.5 liter yang dibangunkan oleh Cosworth, serta sebuah motor elektrik yang dibangunkan oleh Integral Powertrain Ltd. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 1,160 hp dan 900 Nm.

Baru-baru ini, Aston Martin memperkenalkan versi litar lumba iaitu Valkyrie AMR Pro namun nampaknya model itu tidak akan dibawa ke acara tersebut. Bagaimanapun, Valkyrie akan ditemani oleh dua lagi model Aston Martin yang tidak kurang hebatnya iaitu V12 Speedster dan Vantage F1 Edition.

Diinspirasikan oleh jentera lumba klasik DBR1 dan DB3S, V12 Speedster hadir dengan enjin 5.2-liter twin-turbo V12 yang menghasilkan 700 hp dan 753 Nm. Transmisi automatik lapan kelajuan yang memacu roda belakang membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat. Walaupun tidak mempunyai bumbung dan cermin penghadang angin, ia boleh mencapai kelajuan maksimum 300 km/j.

Sementara itu, Vantage F1 Edition pula dihasilkan sempena meraikan kepulangan Aston Martin ke Formula 1 selepas enam dekad. Dengan 535 PS dan 685 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.0-liter twin-turbo V8, jentera ini tidak mempunyai masalah untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 314 km/j.

Previous post

ORA Daftar Paten Punk Cat Di Eropah

Next post

Trak Scania Baharu + Insurans + Cukai Jalan + Pembaikan & Penyelenggaraan Selama 7 Tahun Serendah MYR7,888 Sebulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *