Berita Auto

Kuasa Aston Martin Valkyrie Akhirnya Didedahkan

Percaya atau tidak, kehadiran Aston Martin Valkyrie telah diumumkan hampir tiga tahun lalu, namun baru kini spesifikasi enjin hypercar hibrid itu didedahkan secara rasmi.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Seperti yang dijangka, Valkyrie didatangkan dengan enjin aspirasi natural 6.5-liter V12 yang dibina oleh satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Cosworth. Ia menghasilkan 1,000 hp pada 10,500 rpm dan 740 Nm pada 7,000 rpm. Apa yang menarik, enjin ini boleh ‘diperah’ sehingga 11,000 rpm.

Enjin tersebut dibantu dengan kehadiran sistem hibrid yang memberikan kuasa tambahan sebanyak 160 hp dan 280 Nm, sekaligus menjadikan kuasa keseluruhan Valkyrie 1,160 hp pada 10,500 rpm dan 900 Nm pada 9,000 rpm. Motor elektrik dalam sistem hibrid tersebut dibekalkan oleh Integral Powertrain Ltd manakala bateri dibekalkan oleh Rimac.

aston-martin-valkyrie-gohedgostan-2

Bukan itu sahaja, Valkyrie turut mendapat manfaat daripada teknologi Power Boost dan Energy Recovery System seperti yang terdapat pada jentera Formula One.

Menurut laporan, Aston Martin akan menghasilkan 150 unit Valkyrie dan kesemuanya telah pun mempunyai pembeli, walaupun dijual pada harga yang tinggi iaitu $3.2 juta. Bagi meningkatkan lagi prestasinya di litar lumba, model ini boleh dipesan dengan pakej naik taraf AMR Track Performance Pack.

aston-martin-valkyrie-gohedgostan-3

Previous post

Selezione Lamborghini Tawar Supercar Pra-Milik Berkualiti

Next post

Mazda3 2019 Ada Citarasa Itali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *