Berita Auto

ORA Daftar Paten Punk Cat Di Eropah

Jenama kereta yang bernaung di bawah Great Wall Motors iaitu ORA dilaporkan telah mendaftarkan paten untuk Punk Cat di Eropah. Diperkenalkan di Shanghai Auto Show pada April lalu, Punk Cat adalah model EV lima-pintu yang jelas diciplak dari Volkswagen Beetle.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-14

Menurut Carscoops, syarikat itu mendaftar bukan satu tetapi dua rekaan ala Beetle dengan Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EU IPO). Rekaan pertama menunjukkan lakaran sebuah kenderaan yang sama seperti unit yang dipamerkan di Shanghai. Sementara itu, rekaan kedua pula mendedahkan versi yang sedikit berlainan, terutamanya jika dilihat pada rekaan bumbung, lampu hadapan dan belakang, serta rim.

Buat masa ini, spesifikasi Punk Cat masih belum diketahui namun ada laporan mengatakan bahawa model itu mungkin hadir dengan sebuah motor elektrik berkapasiti 106 kW yang diletakkan pada gandar hadapan, serta beberapa pilihan bateri yang menawarkan jarak pemanduan antara 400 km hingga 500 km. Ia dilaporkan akan dilancarkan di China menjelang akhir tahun ini dan jika pendaftaran ini diluluskan, model ini juga berkemungkinan besar akan memasuki pasaran Eropah.

Sementara itu, Volkswagen pastinya tidak akan berdiam diri dan membiarkan sahaja Great Wall mengaut keuntungan dari hasil tangan mereka. Pada April lalu, syarikat itu dilaporkan sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat dari China itu namun proses tersebut bakal mengambil masa yang lama dan menelan belanja yang besar. Ini kerana Great Wall dikatakan mempunyai hak ke atas paten Punk Cat yang sah sehingga 2026. Paten tersebut boleh diperbaharui setiap lima tahun untuk tempoh maksimum 25 tahun.

Menarik untuk lihat bagaimana apakah langkah yang akan diambil oleh Volkswagen dalam menghadapi isu ini. Adakah mereka akan berkeras menghalang Great Wall daripada menjual klon Beetle di laman mereka sendiri? Sama sama kita tunggu dan lihat. Mana tahu, situasi ini boleh membawa kepada kemunculan semula Beetle dalam versi EV seperti yang diura-urakan sejak tahun lalu.

Previous post

UMW Toyota Labur RM270 Juta Untuk Pemasangan Kenderaan Hibrid Elektrik

Next post

Aston Martin Valkyrie Akan Buat Penampilan Di Goodwood Festival Of Speed

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *