Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Trak Scania Baharu + Insurans + Cukai Jalan + Pembaikan & Penyelenggaraan Selama 7 Tahun Serendah MYR7,888 Sebulan

Scania telah melancarkan pelan ansuran peneraju industri Scania Instalment Plan R&M7 sebagai sebahagian daripada Scania Total Solution.

Pelan ansuran dengan pembaikan & penyelenggaraan ini adalah untuk empat penggunaan logistik yang berbeza – kontena penghantaran, pengangkutan pukal, kargo am dan traktor jongket (tipper). Mulai dengan harga atas jalan serendah MYR7,888 sebulan, pelanggan boleh memiliki trak Scania baharu, dilindungi insurans, serta lengkap dengan cukai jalan dan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan (Repair & Maintenance Contract) selama 7 tahun.

Scania Instalment Plan R&M7 memberi penyelesaian logistik yang menyeluruh untuk ketenangan minda pelanggan. Keuntungan dapat direalisasikan dengan segera kerana kos bulanan adalah tetap dan boleh diramal. Ini kerana pelanggan tahu bahawa armada Scania mereka berada dalam jagaan sepenuh Scania dan mendapat uptime maksima sambil membolehkan mereka menjana pendapatan melalui operasi perniagaan harian mereka.

“Pelan ansuran dengan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan ini dirancang supaya keuntungan pelanggan kami dijamin dan dioptimumkan melalui model pemilikan unik ini yang benar-benar menampung jumlah kos operasi. Pelanggan kami juga akan menikmati penggunaan bahan api yang terunggul dan pengurangan pelepasan CO2 yang terbaik. Semua ini menyumbang kepada keuntungan mereka sepanjang hayat trak,” kata Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Southeast Asia.

Trak Scania dengan pelan baharu untuk Kontena Penghantaran boleh mencapai penggunaan bahan api yang terbaik sehingga 4.0 km/liter dan juga pengurangan pelepasan CO2 terbaik sehingga 0.82kg/km. Untuk penggunaan Pengangkutan Pukal, penggunaan bahan api terbaik boleh mencapai sehingga 3.6 km/liter sementara pengurangan pelepasan CO2 terbaik boleh mencapai sehingga 0.81 kg/km.

Penggunaan bahan api terbaik untuk penggunaan Kargo Am pula berupaya mencapai sehingga 3.6 km/liter, manakala pengurangan pelepasan CO2 terbaik boleh mencapai sehingga 0.77 kg/km. Untuk Traktor Jongket pula, penggunaan bahan api terbaik boleh mencapai sehingga 2.0 km/liter, sementara pengurangan pelepasan CO2 terbaik boleh mencapai sehingga 0.93 kg/km. Semua ini boleh didapati daripada Scania Instalment Plan R&M7.

“Kami akan terus memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan mampan yang memenuhi keperluan pelanggan. Kami inginkan pelanggan kami melihat Scania sebagai rakan perniagaan mereka yang menjamin kejayaan perniagaan hari ini, dan di masa depan,” kata Heba.

Hubungi +603 7845 1000, e-mel smyenquiries@scania.com atau layari scania.com.my untuk mengetahui bagaimana Scania Total Solution dapat membantu perniagaan mencapai keuntungan terbaik sekarang dan di masa depan.

Previous post

Aston Martin Valkyrie Akan Buat Penampilan Di Goodwood Festival Of Speed

Next post

Kia Sportage Generasi Ke-5 Tampil Dengan Rekaan Serba Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *