Berita Auto

Aston Martin AMR Pro Adalah Hypercar Le Mans Yang Boleh Dibeli

Aston Martin telah mentransformasikan Valkyrie yang sudah sedia hebat menjadi senjata litar yang dikenali sebagai Valkyrie AMR Pro. Bagi mereka yang tidak tahu, AMR bermaksud Aston Martin Racing dan itu lah tujuan sebenar jentera ini dibangunkan; untuk berlumba.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-66

Menurut Aston Martin, Valkyrie AMR Pro mendapat manfaat daripada program Le Mans Hypercar syarikat itu yang telah dibatalkan pada tahun lalu. Oleh kerana ia tidak lagi termaktub kepada peraturan yang telah ditetapkan, Aston Martin mendakwa bahawa jentera ini mempunyai tahap prestasi yang lebih tinggi berbanding versi prototaip yang dibina untuk bertanding dalam siri perlumbaan itu.

Ia bermula dengan plaform, yang mana ukuran tapak rodanya telah dipanjangkan sebanyak 380 mm, dan jarak antara roda kiri dan kanan (track) turut bertambah sebanyak 96 mm di hadapan dan 115 mm di belakang. Untuk rekaan badannya pula, Valkyrie AMR Pro mendapat pakej aerodinamik agresif yang secara tidak langsung menambah ukuran panjang keseluruhan kereta ini sebanyak 266 mm.

Ini, bersama dengan pelindung bawah badan (underbody) serta aliran udara yang terhasil daripada ‘overwing’, membantu menjana ‘downforce’ dua kali ganda lebih tinggi berbanding Valkyrie standard dan pecutan lateral melebihi 3G.

Kuasa masih dibekalkan oleh sebuah enjin aspirasi natural V12 bersesaran 6.5-liter namun bagi mengurangkan berat, sistem hibridnya telah dibuang. Walaupun tidak lagi mendapat dorongan tambahan daripada motor elektrik, enjin yang dibangunkan oleh Cosworth itu masih lagi berbisa, dengan kemampuan untuk menjana 1,000 bhp dan berputar sehingga ia mencecah redline pada 11,000 rpm.

Bersama-sama dengan langkah pengurangan berat yang lain seperti penggunaan panel badan dan sistem suspensi ‘wishbone’ yang diperbuat daripada gentian karbon, serta cermin Perspex, Valkyrie AMR Pro dikatakan mempunyai prestasi yang tidak jauh berbeza dengan kereta Formula 1. Aston Martin mensasarkan catatan masa 3 minit 20 saat di litar Le Mans.

Hanya 42 unit Valkyrie AMR Pro akan dihasilkan dan dua daripadanya adalah versi prototaip yang tidak akan dijual. Syarikat itu berkata yang kesemua unit adalah versi pemanduan sebelah kiri (left-hand drive). Penyerahan akan bermula pada suku keempat tahun ini.

Previous post

Lexus Bakal Hasilkan Toyota GR 86 Versi Hibrid

Next post

Semua Peminjam Dapat Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *