Cerita Auto

Lexus Bakal Hasilkan Toyota GR 86 Versi Hibrid

Baru-baru ini timbul khabar angin di Jepun yang mengatakan bahawa Lexus sedang membangunkan model coupe pacuan roda belakangnya yang ketiga selepas RC F dan LC. Menurut laman web Spyder7, kereta itu bakal diberi nama UC yang bermaksud Urban Coupe dan ia akan berkongsi platform yang sama dengan Toyota GR 86.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-66

Bukan itu sahaja, kereta itu juga akan menggunakan enjin boxer 2.4-liter empat silinder yang menghasilkan 235 PS dan 250 Nm di dalam GR 86 dan 231 PS dan 249 Nm di dalam Subaru BRZ. Bagaimanapun, bagi UC, enjin aspirasi natural itu dilaporkan akan dibantu oleh sistem hibrid yang merangkumi motor elektrik tunggal dan pek bateri.

Tidak diketahui berapa banyak kuasa tambahan yang akan dijana oleh trenkuasa hibrid itu namun ia pastinya akan memberikan peningkatan kuasa yang signifikan berbanding GR 86 dan BRZ. UC berkemungkinan besar hanya akan ditawarkan dalam versi automatik, tidak seperti kedua-dua model itu yang boleh didapati dengan transmisi manual.

Dari segi reka bentuk, kami membayangkan UC mengekalkan bentuk keseluruhan GR 86 namun dengan perincian-perincian yang spesifik kepada jenama Lexus seperti lampu nyalaan siang berbentuk anak panah dan sudah tentu, gril berbentuk ‘spindle’. Melihat kepada gambar intipan yang tular baru-baru ini, ia mungkin jadi kenyataan.

Laman web Jepun itu juga mendakwa yang UC akan mempunyai ukuran badan yang lebih panjang (sehingga 4,500 mm) bagi memberi ruang kepada pek bateri hibrid tersebut. Sebagai perbandingan, LC mempunyai ukuran panjan 4,770 mm manakala GR 86 pula 4,265 mm.

Di dalam, UC mungkin hadir dengan sistem infotainmen baharu Lexus yang diperkenalkan menerusi NX generasi kedua. Apa yang pasti, trim dan material kemasan yang digunakan di dalam kabin lebih berkualiti tinggi bagi memastikan ia sesuai dengan status Lexus sebagai jenama mewah.

Previous post

Masa Sudah Tiba Untuk Memberikan Kokpit Kereta Klasik Anda Penampilan Klasik

Next post

Aston Martin AMR Pro Adalah Hypercar Le Mans Yang Boleh Dibeli

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.