Berita Auto

Bentley Bacalar Hasil Tangan Mulliner

Digelar sebagai Bentley dua pintu paling ‘rare’, Bentley Bacalar merupakan hasil tangan ‘coachbuilder’ tertua dunia iaitu Mulliner. Maka, tidak hairanlah hanya 12 unit akan dihasilkan dengan harga bermula dari £1.5 juta (RM8.3 juta). Menurut Bentley, rekaan model terbaru ini diilhamkan daripada model konsep EXP 100 GT yang diperkenalkan pada 2019 …

READ MORE →
Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu D-Max 1.9L Berjaya Buktikan Kemampuannya

Enjin diesel 1.9-liter BluePower yang dibangunkan oleh Isuzu terbukti boleh dipercayai dan kuat selepas ia melengkapkan perjalanan sejauh 1,145 km melalui kawasan tanah tinggi Banjaran Titiwangsa. Menjadikan pencapaian ini lebih mengagumkan adalah D-Max Single Cab yang digunakan dalam cabaran ini membawa beban seberat melebihi 1,000 kg dan menamatkan perjalanannya dengan …

READ MORE →
Motosikal / Lain Lain Roda

Harga Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun

MODENAS hari ini mengumukan penurunan harga bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Dominar D400. Bermula 8 Mac 2020, Pulsar RS200 dijual pada harga RM9,990, iaitu pengurangan sebanyak RM1,360 (12%), manakala Dominar D400 pula ditawarkan pada RM13,788, iaitu RM1,700 (11%) lebih rendah daripada sebelum ini. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS …

READ MORE →
Berita Auto

Audi RS6 Avant Talaan Mansory – 720 hp, 1000 Nm!

Tuner aftermarket Mansory memang terkenal dengan rekaan yang ekstrem. Sama ada anda suka atau tidak, harus diakui bahawa produk yang dihasilkan oleh syarikat dari Jerman ini tidak pernah membosankan. Bagi rekaan terbaru mereka, Mansory menggunakan wagon berprestasi tinggi kegemaran ramai iaitu Audi RS6 Avant. Seperti rekaan-rekaan Mansory yang lain, kit …

READ MORE →
Berita Auto

McLaren 765LT – Jelmaan 720S Yang Lebih Berkuasa

McLaren membuka lembaran baru dalam sejarah ‘Longtail’ mereka dengan pengenalan model terbaru iaitu 765LT. Menggunakan model 720S sebagai asas, model ini memfokuskan kepada dinamik pemanduan serta peningkatkan aspek aerodinamik dan kuasa. Hanya 765 unit akan dihasilkan dengan penghantaran bermula September ini. 765LT menampilkan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 765 …

READ MORE →
Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Rocket 3 Tiba Dengan Enjin Motosikal Paling Besar

Jika anda berpegang kepada falsafah ‘no replacement for displacement’, maka Triumph Rocket 3 adalah motosikal yang paling sesuai untuk anda. Ditawarkan dalam versi R (RM130,900) dan GT (RM136,900), Rocket 3 menampilkan enjin tiga silinder berkapasiti 2,500 cc yang mampu menjana 167 PS pada 6,000 rpm, iaitu 11% lebih banyak berbanding …

READ MORE →
Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Tiger 900 Kini di Malaysia

Khas untuk peminat motosikal pengembaraan, Triumph Motorcycles Malaysia turut memperkenalkan Triumph Tiger 900 versi 2020. Bagi pasaran Malaysia, model baharu ini akan ditawarkan dalam enam varian: Tiger 900 (base) – RM63,900 Tiger 900 GT – RM74,900 Tiger 900 GT Pro – RM82,900 Tiger 900 GT Pro (Low Ride Height) – …

READ MORE →
Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Thruxton RS Dilancarkan di Malaysia – RM86,900

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan barisan model 2020. Model yang pertama adalah cafe racer Triumph Thruxton RS yang berharga RM86,900. Untuk tahun 2020, enjin 1,200 cc silinder kembar selari model ini telah ditala semula, menyebabkan kuasa meningkat sebanyak 8 PS kepada 105 PS. Tork berjumlah 112 Nm kini disampaikan pada …

READ MORE →
Berita Auto

Aston Martin V12 Speedster Hanya Untuk 88 Individu Bertuah

Aston Martin telah memperkenalkan satu lagi model eksklusif edisi terhad iaitu V12 Speedster. Dibangunkan dengan kerjasama divisyen ‘Q by Aston Martin’, rekaan model ini menampilkan gabungan elemen jentera lumba klasik Aston Martin iaitu DBR1 1959 dan DB3S 1953 dengan CC100 Speedster Concept yang diperkenalkan pada 2013. Bagi memastikan berat berada …

READ MORE →
Berita Auto

Bugatti Chiron Pur Sport – Hypercar Berfokuskan Pengendalian

Tahun lepas, presiden Bugatti Stephan Winkelmann mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan dua versi baharu Chiron. Pur Sport merupakan salah satu daripadanya dan ia dibangunkan dengan fokus terhadap pengendalian, aerodinamik dan pengurangan berat. Jika dibandingkan dengan versi biasa, Chiron Pur Sport adalah 50 kg lebih ringan. Pengurangan berat dicapai menerusi …

READ MORE →