Berita Auto

Audi RS6 Avant Talaan Mansory – 720 hp, 1000 Nm!

Tuner aftermarket Mansory memang terkenal dengan rekaan yang ekstrem. Sama ada anda suka atau tidak, harus diakui bahawa produk yang dihasilkan oleh syarikat dari Jerman ini tidak pernah membosankan.

Bagi rekaan terbaru mereka, Mansory menggunakan wagon berprestasi tinggi kegemaran ramai iaitu Audi RS6 Avant.

Seperti rekaan-rekaan Mansory yang lain, kit badan lebar yang dipakaikan pada RS6 Avant ini diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Ini termasuklah diffuser belakang yang turut memuatkan empat muncung ekzos dengan bentuk yang unik.

Melengkapkan imej jentera ini adalah rim aloi tempaan berukuran 22 inci. Jalur berwarna jingga itu turut digunakan di dalam kabin pada papan pemuka, karpet, tali pinggang keledar dan panel pintu.

Sudah tentu, pakej naik taraf Mansory tak akan lengkap tanpa talaan prestasi. Enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang tersembunyi di bawah hud tidak lagi menghasilkan 591 hp dan 800 Nm, sebaliknya ia telah ditala untuk menghamburkan 720 hp dan 1,000 Nm.

Dari segi prestasi, masa pecutan 0-100 km/j telah dikurangkan dari 3.6 saat kepada 3.2 saat. Kelajuan maksimum tidak didedahkan namun sebagai peringatan, versi standard pun sudah cukup laju dengan catatan 305 km/j.

Previous post

McLaren 765LT - Jelmaan 720S Yang Lebih Berkuasa

Next post

Harga Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *