Berita Auto

McLaren 765LT – Jelmaan 720S Yang Lebih Berkuasa

McLaren membuka lembaran baru dalam sejarah ‘Longtail’ mereka dengan pengenalan model terbaru iaitu 765LT.

Menggunakan model 720S sebagai asas, model ini memfokuskan kepada dinamik pemanduan serta peningkatkan aspek aerodinamik dan kuasa. Hanya 765 unit akan dihasilkan dengan penghantaran bermula September ini.

765LT menampilkan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 765 PS dan 800 Nm. Kuasa tersebut disalurkan menerusi kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan dengan penukaran gear 15% lebih pantas berbanding 720S.

Hasilnya, jentera ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.8 saat dan hingga 200 km/j dalam 7.2 saat.

Selain kuasa yang lebih tinggi, ia juga 80 kg lebih ringan berbanding 720S dengan berat kering hanya 1,229 kg. Pengurangan ini dilakukan menerusi penggunaan bahan gentian karbon, sistem ekzos titanium dan kaca yang lebih nipis.

Dari segi aerodinamik, 765LT hadir dengan pakej aerodinamik gentian karbon yang merangkumi splitter hadapan, bampar hadapan, skirt sisi, bampar belakang, diffuser belakang dan sayap aktif. Dengan pakej ini, ‘downforce’ meningkat sebanyak 25%.

Selain itu, ia turut mendapat gegelung dan peredam khas dan sistem suspensi Proactive Chassis Control II yang ditambahbaik. Jarak antara tayar kiri dan kanan pada gandar turut bertambah sebanyak 6 mm, manakala ketinggian dikurangkan sebanyak 5 mm.

Turut disertakan secara standard adalah rim aloi Ultra-Lightweight dengan bolt titanium dan tayar Pirelli P Zero Trofeo R. Sistem brek pula terdiri daripada cakera karbon seramik dan angkup daripada Senna.

Previous post

Kisah Kejayaan Mercedes-Benz E-Class

Next post

Audi RS6 Avant Talaan Mansory - 720 hp, 1000 Nm!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *