Motosikal / Lain Lain Roda

Harga Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun

MODENAS hari ini mengumukan penurunan harga bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Dominar D400.

Bermula 8 Mac 2020, Pulsar RS200 dijual pada harga RM9,990, iaitu pengurangan sebanyak RM1,360 (12%), manakala Dominar D400 pula ditawarkan pada RM13,788, iaitu RM1,700 (11%) lebih rendah daripada sebelum ini.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS menyatakan bahawa pengurangkan dalam kos pembuatan kedua-dua model tersebut telah membawa kepada penurunan harga ini.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia” kata Roslan.

Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ sementara Dominar D400 pula adalah sebuah ‘sport-tourer’. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, sejukkan cecair, 4-lejang SOHC dengan sistem DTS-i dan suntikan bahan api. Kedua-dua model ini juga didatangkan dengan brek cakera tunggal ByBre.

Selain daripada pengurangan harga, MODENAS merancang untuk meningkatkan prestasi jualan dengan memperluaskan portfolio produk dan capaiannya serta pembukaan pengedar sah baru. Syarikat itu merancang memperkenalkan sekurang-kurangnya lima model dan varian baharu ke pasaran Malaysia dalam tahun ini.

Previous post

Audi RS6 Avant Talaan Mansory - 720 hp, 1000 Nm!

Next post

Isuzu D-Max 1.9L Berjaya Buktikan Kemampuannya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *