Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Thruxton RS Dilancarkan di Malaysia – RM86,900

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan barisan model 2020. Model yang pertama adalah cafe racer Triumph Thruxton RS yang berharga RM86,900.

BHPetrol RON95 Euro 4M

Untuk tahun 2020, enjin 1,200 cc silinder kembar selari model ini telah ditala semula, menyebabkan kuasa meningkat sebanyak 8 PS kepada 105 PS. Tork berjumlah 112 Nm kini disampaikan pada tahap 700 rpm lebih awal.

Bukan itu sahaja, redline enjin juga kini 500 rpm lebih tinggi manakala inersia telah berjaya dikurangkan sebanyak 20%.

Model ini 6 kg lebih ringan berbanding sebelum ini dan ia dilengkapi dengan angkup brek Brembo M50 Monobloc dan tayar Metzeler Racetec RR. Kelengkapan standard lain termasuklah:

  • cakera terapung berkembar Brembo berukuran 320 mm
  • fork hadapan Show boleh laras
  • penyerap hentak Ohlins berkembar di belakang
  • ABS dan Traction Control
  • lampu utama LED dan lampu isyarat LED
  • port USB di bawah tempat duduk
  • Immobiliser
  • Ride-by-Wire dengan mod Sport, Road dan Rain
  • Klac Torque Assist
  • ekzos berkembar dengan penukar pemangkin Euro 5 untuk emisi lebih rendah
Previous post

IAPS Geely Mendapat OK Dari Persatuan Pemeriksaan Teknikal

Next post

Triumph Tiger 900 Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *