Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Tiger 900 Kini di Malaysia

Khas untuk peminat motosikal pengembaraan, Triumph Motorcycles Malaysia turut memperkenalkan Triumph Tiger 900 versi 2020.

Bagi pasaran Malaysia, model baharu ini akan ditawarkan dalam enam varian:

  • Tiger 900 (base) – RM63,900
  • Tiger 900 GT – RM74,900
  • Tiger 900 GT Pro – RM82,900
  • Tiger 900 GT Pro (Low Ride Height) – Price TBC
  • Tiger 900 Rally – RM78,900
  • Tiger 900 Rally Pro – RM85,900

Keenam-enam varian mempunyai ‘nadi’ yang sama iaitu enjin serba baharu 900 cc, tiga silinder yang menghasilkan 95 PS pada 8,750 rpm dan 87 Nm pada 7,250 rpm, iaitu 10% lebih banyak tork berbanding sebelum ini.

Enjin tersebut menampilkan tembakan 1,3,2 yang unik yang bukan sahaja memberikan kelebihan dari segi pecutan, malah turut menghasilkan bunyi yang lebih agresif.

Bergantung pada varian, Tiger 900 dilengkapi dengan sistem suspensi premium Marzocchi atau Showa yang ditala khas. Model GT Pro mempunyai suspensi belakang yang boleh dilaras secara elektronik menerusi menu pada instrumen TFT.

Kelengkapan standard yang lain termasuklah:

  • Brek Brembo Stylema Monobloc
  • tangki minyak 20 liter
  • penghadang angin dan tempat duduk boleh laras
  • paparan TFT 7 inci (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro sahaja)
  • sistem konektiviti dan aplikasi My Triumph (GT Pro dan Rally Pro sahaja)
  • Cornering ABS dan Traction Control dengan IMU (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro sahaja)
  • enam mod tunggangan
  • Triumph Shift Assist
  • ruang simpanan telefon dan pengecas USB (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro sahaja)
Previous post

Triumph Thruxton RS Dilancarkan di Malaysia - RM86,900

Next post

Triumph Rocket 3 Tiba Dengan Enjin Motosikal Paling Besar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *