Berita Auto

Honda Malaysia Siar Teaser City Generasi Ke-5

Beberapa hari yang lalu, Honda Malaysia membuatkan ramai peminat jenama itu teruja apabila ia mengeluarkan ‘teaser’ untuk City generasi kelima di laman Facebooknya. ‘Teaser’ tersebut memperlihatkan sebuah City berwarna merah dengan cogan kata ‘Your Time Is Up’. Mungkinkah ini varian RS yang menjadi bualan ramai? Ia bukanlah sesuatu yang mustahil …

READ MORE →
Berita Auto

BMW X7 Dark Shadow Edition – SUV Gagah Serba Hitam

BMW telah memperkenalkan X7 Dark Shadow Edition yang memberikan SUV bersaiz penuh itu penampilan yang lebih gah menerusi tema serba hitam. Dihasilkan di Spartanburg, South Carolina, pakej Dark Shadow Edition ini ditawarkan untuk semua varian X7 iaitu xDrive40i, xDrive50i, M50i, xDrive30d dan M50d. Bagaimanapun, ianya terhad kepada 500 unit sahaja …

READ MORE →
Berita Auto

BMW X1 sDrive18i Masuk Pasaran Malaysia – RM208k

Selain ‘hot hatch’ M135i xDrive, BMW Malaysia hari ini turut melancarkan BMW X1 dalam versi sDrive18i. Ia merupakan varian kedua selepas X1 sDrive20i M Sport yang dilancarkan awal tahun ini. Tidak seperti varian sDrive20i yang dilengkapi dengan kit badan M Sport dan rim 18 inci, varian asas ini hadir dengan …

READ MORE →
Berita Auto

BMW M135i xDrive Dilancarkan – RM355k

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW M135i xDrive yang merupakan model ‘flagship’ dalam barisan 1 Series generasi ketiga. Model yang dikenali sebagai ‘The 1’ ini hadir dengan jeriji kidney berwarna Cerium Grey, lampu LED adaptif hadapan dan lampu tiga dimensi berbentuk L pada bahagian belakang. Spoiler BMW M dan rim …

READ MORE →
Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Rebat Sehingga RM7,000 Untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus dan XL

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi menarik yang menawarkan penjimatan untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus and XL. Pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan Ranger WildTrak dan Ranger XL bakal menikmati rebat tunai sehingga RM7,000, manakala untuk pembelian Ranger XLT PLUS pula, pelanggan boleh …

READ MORE →
Berita Auto

MINI GP3 F350 Dari Manhart – Kecil Kecil Cili Padi

Dengan 306 hp dan 450 Nm, MINI John Cooper Works GP boleh dianggap antara hot hatch terpantas di dunia. Namun bagi Manhart, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Untuk itu, tuner dari Jerman itu telah memperkenalkan GP3 F350 yang ditawarkan dalam bilangan yang terhad. Ia menampilkan pakej naik taraf prestasi yang …

READ MORE →
Berita Auto

MINI JCW Countryman Dapat Facelift – Apa Yang Baru?

MINI telah memperkenalkan John Cooper Works Countryman versi facelift yang akan memasuki pasaran bermula November tahun ini. Anda mungkin perlu meneliti betul-betul kerana pembaharuan yang diberikan tidaklah begitu ketara. Bermula dari luaran, model ini tampil dengan jeriji dan lampu hadapan LED baharu, manakala grafik bendera Jack Union pada lampu belakang …

READ MORE →
Berita Auto

Nissan Almera Dengan Kit Badan Misteri Di Thailand

Sementara kita menunggu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Almera baharu, jiran kita di Thailand nampaknya telah menghasilkan beberapa kit badan kustom untuk sedan kompak itu. Sebagai contoh, lihat Almera yang dipaparkan di sebuah bilik pameran di Thailand ini. Ia memakai kit badan agresif yang menarik namun tidak dapat …

READ MORE →
Berita Auto

Siri TEI Honda Malaysia Kini Di Shopee

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa koleksi barangan rasmi Honda iaitu Siri TEI kini boleh didapati menerusi platform e-dagang Shopee. Siri TEI merujuk kepada falsafah Honda iaitu ‘Trust, Equality & Individuality’, selain bermaksud ‘bentuk’ dalam bahasa Jepun. Ia menampilkan 21 barangan yang ditawarkan dalam empat koleksi iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear …

READ MORE →
Berita Auto

Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition Diinspirasikan Oleh Awan Planet Zuhal

Jika anda membelanjakan berjuta-juta untuk sebuah supercar, pastinya anda inginkan setiap perincian mengikut citarasa anda. Untuk pelanggan Lamborghini, pesanan kustom jentera mereka kini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi studio maya Ad Personam yang baru dilancarkan. Untuk mempromosikan ciri baharu itu, Lamborghini telah memperkenalkan Aventador SVJ Xago Edition yang diterhadkan …

READ MORE →