Berita Auto

Siri TEI Honda Malaysia Kini Di Shopee

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa koleksi barangan rasmi Honda iaitu Siri TEI kini boleh didapati menerusi platform e-dagang Shopee.

Siri TEI merujuk kepada falsafah Honda iaitu ‘Trust, Equality & Individuality’, selain bermaksud ‘bentuk’ dalam bahasa Jepun. Ia menampilkan 21 barangan yang ditawarkan dalam empat koleksi iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear dan Travel.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sejak kami memperkenalkan Siri TEI pada Mac 2020 ia telah diterima dengan baik oleh peminat Honda di Malaysia kerana reka bentuknya yang bergaya serta kualitinya.”

Menurut Ishiyama, jualan produk Siri TEI menunjukkan peningkatan sebanyak 18% dalam bulan pertama berbanding barisan barangan rasmi Honda sebelum ini iaitu The Challenging Spirit.

“Barangan kami yang popular adalah koleksi Lifestyle yang menyumbang sehingga 46% kepada jumlah keseluruhan jualan,” tambah beliau.

Bersempena dengan pelancaran ini, Honda Malaysia turut mengumumkan lima tawaran menarik yang akan diadakan pada 25 Julai ini. Untuk maklumat lanjut, layari kedai rasmi Honda Malaysia di Shopee.

Previous post

Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition Diinspirasikan Oleh Awan Planet Zuhal

Next post

Nissan Almera Dengan Kit Badan Misteri Di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *