Berita Auto

Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition Diinspirasikan Oleh Awan Planet Zuhal

Jika anda membelanjakan berjuta-juta untuk sebuah supercar, pastinya anda inginkan setiap perincian mengikut citarasa anda. Untuk pelanggan Lamborghini, pesanan kustom jentera mereka kini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi studio maya Ad Personam yang baru dilancarkan.

Untuk mempromosikan ciri baharu itu, Lamborghini telah memperkenalkan Aventador SVJ Xago Edition yang diterhadkan kepada 10 unit sahaja.

Aventador SVJ asalnya memang sudah istimewa namun Xago Edition menjadikannya lebih unik dengan motif heksagon, warna kontras yang boleh dipilih oleh pelanggan serta rim Nireo dari katalog Ad Personam.

Diinspirasikan oleh awan di Planet Zuhal, motif heksagon tersebut boleh didapati pada bahagian luaran, di mana ia hadir dalam warna perak pudar dari hadapan hingga belakang.

Di dalam, motif tersebut dijelmakan menerusi jahitan pada tempat duduk. Selain itu, jentera ini turut hadir dengan plat nombor eksklusif.

Seperti versi standard, Xagi Edition ini dikuasakan oleh enjin NA 6.5-liter V12 yang mampu menjana 770 hp dan 720 Nm. Dengan transmisi automatik tujuh kejaluan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.9 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.

Previous post

Ford Mustang Mach-E 1400 - SUV Elektrik Serba Boleh

Next post

Siri TEI Honda Malaysia Kini Di Shopee

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *