Berita Auto

MINI JCW Countryman Dapat Facelift – Apa Yang Baru?

MINI telah memperkenalkan John Cooper Works Countryman versi facelift yang akan memasuki pasaran bermula November tahun ini.

Anda mungkin perlu meneliti betul-betul kerana pembaharuan yang diberikan tidaklah begitu ketara. Bermula dari luaran, model ini tampil dengan jeriji dan lampu hadapan LED baharu, manakala grafik bendera Jack Union pada lampu belakang kini lebih menonjol.

JCW Countryman boleh didapati dalam dua warna metalik baharu White Silver dan Sage Green, berserta kemasan Piano Black di sekeliling lampu, jeriji, pemegang pintu dan tulisan model pada bahagian belakang.

Di dalam, aksen merah digunakan untuk menghiasai papan pemuka bagi melahirkan suasana yang lebih premium. MINI kini menawarkan panel instrumen digital berukuran lima inci serta ciri Connected Media yang merangkumi paparan 8.8 inci dengan panel sensitif sentuhan dan permukaan Piano Black.

JCW Countryman kekal dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 306 PS dan 450 Nm, serta transmisi Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda ALL4. Dari segi prestasi, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Kelengkapan standard yang ada termasuklah sistem brek sport yang mernagkumi angkup brek empat omboh pada gandar hadapan, angkup brek omboh tunggal pada gandar belakang, rim aloi ringan John Cooper Works berukuran 18 inci dan angkup brek berwarna Chili Red. Sistem suspensi adapatif ditawarkan secara opsyen.

Previous post

Nissan Almera Dengan Kit Badan Misteri Di Thailand

Next post

MINI GP3 F350 Dari Manhart - Kecil Kecil Cili Padi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *