Berita Auto

Honda Malaysia Siar Teaser City Generasi Ke-5

Beberapa hari yang lalu, Honda Malaysia membuatkan ramai peminat jenama itu teruja apabila ia mengeluarkan ‘teaser’ untuk City generasi kelima di laman Facebooknya.

‘Teaser’ tersebut memperlihatkan sebuah City berwarna merah dengan cogan kata ‘Your Time Is Up’. Mungkinkah ini varian RS yang menjadi bualan ramai? Ia bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan City adalah antara model terlaris Honda Malaysia.

The game will no longer be the same. Watch this space.#yourtimeisup#allnewcity#thetakeoverstartsnow

Posted by Honda Malaysia on Khamis, 23 Julai 2020

Bagaimanapun, syarikat itu masih belum mendedahkan spesifikasi dan kelengkapan City untuk pasaran negara ini.

Dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu, sedan kompak segmen B itu bukan sahaja hadir dengan reka bentuk yang lebih segar malah turut menampilkan enjin VTEC Turbo 1.0-liter tiga silinder yang mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm dan 173 Nm dari 2,000 hingga 4,500 rpm.

Selain itu, ia juga mempunyai paparan multi-info (MID) dengan pencahayaan, paparan sentuh audio berukuran lapan inci dengan Apple CarPlay dan Siri Voice Control, stereng multi-fungsi dan sistem pendingin hawa automatik.

Untuk pasaran Thailand, City ditawarkan dalam empat varian iaitu:

  • RS – 739,000 THB (RM102,109)
  • SV – 665,000 THB (RM91,884)
  • V – 609,000 THB (RM84,147)
  • S – 579,500 THB (RM80,071)

Pada Mac lalu, model itu telah dianugerahkan penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Previous post

BMW X7 Dark Shadow Edition - SUV Gagah Serba Hitam

Next post

Skrin Sentuh Tanpa Kontak Jaguar Land Rover Boleh Kurangkan Penyebaran Virus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *