Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Rebat Sehingga RM7,000 Untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus dan XL

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi menarik yang menawarkan penjimatan untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus and XL.

Pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan Ranger WildTrak dan Ranger XL bakal menikmati rebat tunai sehingga RM7,000, manakala untuk pembelian Ranger XLT PLUS pula, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM7,188.

“Dengan menawarkan penjimatan ini, kami berharap ia mengurangkan beban kewangan para pelanggan yang ingin menjadi pemilik sebuah Ford Ranger yang serba boleh dan tahan lasak,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ranger WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan 213 PS dan daya kilas setinggi 500 Nm.

Sementara itu, Ranger XLT pula menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang mampu memberikan tenaga sehingga 180 PS dan daya kilas setinggi 420 Nm. Ciri-ciri keselesaan seperti sistem masuk tanpa kunci dengan butang push-start dan pintu kargo belakang mudah-angkat menjadikan ia pilihan ideal untuk kerja dan aktiviti pengembaraan.

Ford Ranger XL adalah kenderaan kerja yang amat sesuai untuk kerja-kerja lasak. Ia mempunyai kemampuan untuk membawa bebanan sehingga 1,000 kg dan keupayaan menunda sehingga 3,500 kg.

Previous post

MINI GP3 F350 Dari Manhart - Kecil Kecil Cili Padi

Next post

BMW M135i xDrive Dilancarkan - RM355k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *