Berita Auto

BMW X7 Dark Shadow Edition – SUV Gagah Serba Hitam

BMW telah memperkenalkan X7 Dark Shadow Edition yang memberikan SUV bersaiz penuh itu penampilan yang lebih gah menerusi tema serba hitam.

Dihasilkan di Spartanburg, South Carolina, pakej Dark Shadow Edition ini ditawarkan untuk semua varian X7 iaitu xDrive40i, xDrive50i, M50i, xDrive30d dan M50d. Bagaimanapun, ianya terhad kepada 500 unit sahaja untuk pasaran global.

Walaupun kelihatan seperti warna hitam, warna luaran yang digunakan untuk model eksklusif ini sebenarnya adalah Frozen Arctic Grey Metallic. Warna matte itu dipadankan dengan pakej BMW Individual High Gloss Shadow Line yang merangkumi kemasan hitam berkilat dan krom hitam pada bingkai tingkap, tiang B dan C, jeriji, ekzos, lubang Air Breather dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, setiap unit X7 Dark Shadow Edition didatangkan dengan kit badan aerodinamik M Sport, rim M berukuran 22 inci dengan kemasan Jet Black serta sistem ekzos M Sport.

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit Merino yang didatangkan dalam warna dua tona iaitu Night Blue dan Black, serta material Alcantara berwarna Night Blue pada bahagian bumbung. Turut disertakan adalah trim Fineline Black dengan kemasan aluminium pada papan pemuka dan trim Piano Black berserta logo eksklusif ‘Edition Dark Shadow’ pada konsol tengah.

Menurut BMW, X7 Dark Shadow Edition akan memasuki pasaran bermula Ogos ini dengan harga bermula $119,495 (RM508,090).

Previous post

Mitsubishi Delica D:5 Ini Boleh Jadi MPV Keluarga Yang Sempurna

Next post

Honda Malaysia Siar Teaser City Generasi Ke-5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *