Motosikal / Lain Lain Roda

Royal Enfield – Pilihan Utama Untuk Upgrade Motosikal Kecil Anda

Jika anda sudah puas dengan kapcai anda dan rasa anda ingin up sikit pengalaman motosikal anda, pilihan yang paling munasabah ialah Royal Enfield Classic atau Royal Enfield Meteor.

Wakil pengedar rasmi Royal Enfield di Malaysia ialah Didi Automotive Sdn Bhd yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan DIDI.

Kedai flagship pertama Royal Enfield di negara ini terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. Mereka turut melancarkan dua model motosikal Royal Enfield ke pasaran tempatan iaitu Classic 350 dan Meteor 350.

Kami di beri peluang menunggang kedua-dua motosikal ini beberapa bulan lalu bersama-sama dengan model-model lain yang mereka jual, Interceptor, Continental dan Himalayan. Semua pendapat mengenai kedua-dua motosikal ini berdasarkan kepada pengalaman tunggangan kami.

Seperti yang di sebut di atas, jika anda ingin menaik taraf game motosikal anda, atau anda seseorang yang selama in berkereta sahaja dan tidak pernah bermotosikal dan ingin mencuba, ingin berjimat memandangkan harga minyak, parking, tol semakin mahal tetapi segan dan tidak mahu motosikal kecil, kami rasa ini pilihan paling sesuai.

5 sebab mengapa Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 harus jadi pilihan anda.

1 – Heritage/Nama

Motosikal Royal Enfield pertama dihasilkan pada tahun 1901 (ya macam hotdog tu). Sejarahnya panjang dan lebar. Daripada alatan senapang kepada basikal (ketika inilah slogan “MADE LIKE A GUN” muncul). Daripada basikal kepada motosikal kepada reka bentuk motosikal yang paling dipakai dalam sejarah, Royal Enfield Bullet pada 1932. Perikatan dengan Madras Motors India. Motosikal dan kereta murah dari Jepun di UK sehingga semua kilang UK tutop kedai. Perniagaan di India walau bagaimanapun meletop sehingga mereka pula eksport balik ke UK pada 1977. Royal Enfield telah menghasilkan berjuta-juta motosikal sepanjang 120 tahun sejarahnya, berkembang, meluas dan mengubah kehidupan generasi demi generasi penunggang motosikal.

2 – Local Support

Pengedar rasmi baharu di Malaysia jenama motosikal tertua di dunia yang masih dalam pengeluaran, Royal Enfield, ialah Didi Automotive Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan DIDI, yang juga merupakan pengedar rasmi motosikal Harley-Davidson, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia menerusi Didi Resources Sdn Bhd. So, they know what they doing.

3 – Spesifikasi

All-New Royal Enfield Classic 350

Classic ini adalah model yang menyelamatkan syarikat daripada ditutop. Model yang paling laris mereka dari dulu hingga sekarang.

Kapasiti asal enjin Classic ini ialah 500 cc tetapi model 350 cc dikekalkan hingga hari ini. Saiz enjin tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. Just nice. Walaupun namanya Classic tetapi alatan dan keselamatannya moden. Semua telah diperbaharui, enjin, casis, cakera brek besar, seat besar. Tunggangan lancar dan selesa.

Jangan terpedaya dengan kuasa kudanya yang kecil iaitu 20.2 bhp dan tork 27Nm. Untuk motosikal ini, yang bukan motosikal sport ya tetapi motosikal cruiser, dengan kelengkapan twin downtube spine frame, enjin single cylinder, fuel injected, air-oil cooled, tanki minyak 13 liter, pelepasan tanah 170mm cc itu lebih pada memadai.

Juga tersedia, starter elektrik, emergency stop switch, ABS, 5 Speed Constant Mesh gearbox dan ia guna rantai. Berat 195 kg, ada kedua-dua stand tepi dan tengah, kelajuan tertinggi 114 km/j. Kluster instrumentnya walaupun klasik tapi dalamannya analog moden. Siap dengan port USB di bawah handle.

Gearshiftnya lancar dan senang cari neutral. 9 pilihan warna termasuk dua warna thema askar dengan “nombor askar” one-off dicat siap keatas tank. Semua nombor yang di cat adalah nombor yang lain, tidak ada yang sama.

Harga dari RM23,500

All-New Royal Enfield Meteor 350

Seperti Classic, cc Meteor juga 350. Langkah maju seterusnya daripada model Thunderbird.  Citybike, Lightning and dan terutama sekali, Thunderbird terpaksa digugurkan untuk mematuhi standard BS-VI emission norms baharu.

Bunyi ekzos yang direka khas, unik. Enjin baharu ditambah 1000 RPM. Dengan RPM tinggi, gegarannya kurang. Selesa di tunggang laju dan jauh. Frame rekaan baharu. Boleh di customize. Satu motosikal yang paling senang, paling selesa, paling seronok yang pernah ditunggang. Perjalanan jauh tidak terasa.

Enjin Meteor adalah serba baharu, air-oil cooled, long stroke and electronic fuel injection yang menghasilkan kuasa tractable licin dan tork bottom end yang banyak. Frame seat handle bar semua di reka untuk memberi maximum comfort untuk rider.

Enjine: 349cc, 4 stroke, 5 speed air-oil cooled

Casis: Twin Downtube Sine Frame

Power dan Tork: 20.2bhp @ 6100rpm, 27Nm @ 4000rpm

Ground clearance: 170mm

Braking: Dual Channel ABS

Tanki: 15 Liter

7 Warna pilihan

Harga dari RM24,300

Navigasi

Meteor 350 turut menampilkan sistem navigasi Tripper™, yang pertama dalam Royal Enfield. Dikuasakan oleh Google Maps dan Apl Royal Enfield yang menghubungkan telefon pintar dengan motosikal melalui Bluetooth. Tripper™ ialah penyelesaian navigasi yang canggih, yang menunjukkan arah melalui sistem paparan intuitif dengan port pengecasan USB tambahan pada motosikal.

4 – Gaya

All-New Royal Enfield Classic 350

Seperti namanya, pengayaannya memang klasik. Dulu model ini tersedia hanya untuk beberapa yang elite tetapi sekarang ia mainstream, untuk semua. Berasakan model G2 pasca perang, dari era tahun 50-an, Classic 350 ini serba baharu terus menjadi bukti reka bentuk abadi yang membawa dunia permotoran dengan kagum pada zaman kegemilangan motosikal British. Walaupun baharu, banyak ciri-ciri klasiknya dikekalkan. Banyak ciri-ciri moden yang terpaksa disertakan, yang tidaklah selalu sesuai untuk model klasik, berjaya disatukan dengan sempurna.

Paling cantik ialah pilihan warna krom mereka dan juga 2 warna askar yang siap dengan nombor askar khas yang di cat ditangki. Setiap nombor adalah nombor yang unik dan random. Tidak ada satu yang sama.

All-New Royal Enfield Meteor 350

Sekali lagi disebutkan di sini, Meteor ini adalah sebuah motosikal yang paling senang dan paling selesa di tunggang. Setiap komponen direka bentuk agar penunggang segar, nyaman dan tersenyum walaupun sendang mencilok trafik di bandar.

Generasi yang seterusnya dari model Thunderbird. Ia mewakili intipati menunggang, semangat pengembaraan dengan kontur klasik & isyarat reka bentuk abadi, ia adalah cruiser tulen yang lancar, bersedia untuk lebuh raya terbuka dan untuk menghadapi cabaran pergi-balik bandar dengan tenang.

Rupa pandang dari tempat duduk hadapan melihat apa yang di hadapan seperti handlebar, kluster meter dan windshieldnya menyenangkan. Dengan rim aloinya, ia kelihatan sudah siap sedia untuk merentas desa atau merentas negeri malah, merentas negara.

Jika anda tidak puas hati dengan apa yang sedia ditawarkan anda boleh buat pilihan sendiri untuk memperibadikan Meteor ini. Gabungan warna, tanki, frame, ekzos, pelekat yang sesuai dengan jiwa anda boleh dipilih.

5 – Murah Berbaloi

Semua motosikal besar satu kelas dengan Royal Enfield harus di jual dengan harga Royal Enfield ini. Meminjam kata-kata Tony Fernandez semasa terserempak dengan beliau semasa ride Classic dan Meteor in ialah, “Now! EVERYBODY can ride!”

Motosikal besar biasanya, kerana harganya yang mahal, khusus untuk (seperti kata ibu mertua Kassim Selamat) Loyar, Doktor, dan Majistret tetapi dengan Royal Enfield kita rakyat marhean boleh merasa motosikal besar. Royal Enfield bukan calang-calang motosikal. Ianya branded. Ianya berkualiti tinggi. Jangan ingat harga murah motosikalnya dibina dengan barang murah. TIDAK. Motosikalnya akan tahan turun temuran. Anak, cucu dan cicit pun boleh pakai. Antara jenama motosikal yang tertua dunia. Jenama British yang tahan ditelan zaman terima kasih kepada perikatan mereka dengan India.

Cukai jalan motosikal Malaysia berkapasiti 251-500 cc sekarang (setakat 2022) ialah RM180.

Amacam? Jom kita beli motosikal. Boleh jimat minyak, tol, parking, insuran, cukai jalan dan simpan kereta kesayangan anda itu. Pakai bila perlu. Terus terang, that’s what I am doing.

Akan Datang! Motosikal seterusnya … Royal Enfield Scram 411.

Previous post

SuperNice Terima Scania Yang Lengkap Dengan ADAS

Next post

Hyundai Grandeur Generasi Ke-7 Debut Sebagai Flagship Baharu Syarikat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *