Motosikal / Lain Lain Roda

Didi Automotive Dilantik Pengedar Rasmi Royal Enfield

Jenama motosikal tertua di dunia yang masih dalam pengeluaran, Royal Enfield, kini mempunyai wakil pengedar rasmi baharu di Malaysia iaitu Didi Automotive Sdn Bhd. Ya, syarikat ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan DIDI, yang juga merupakan pengedar rasmi motosikal Harley-Davidson, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia menerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Didi Automotive mengambil alih hak pengedaran Royal Enfield untuk pasaran Malaysia daripada SNH Bhumi Corporation Sdn Bhd berkuat kuasa serta merta.

Vimal Sumbly, ketua perniagaan untuk pasaran Asia Pasifik (APAC) Royal Enfield berkata Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk pengeluar motosikal dari United Kingdom itu, sambil menambah bahawa tumpuan khusus akan diberikan kepada segmen pertengahan (middleweight).

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Didi Automotive untuk pasaran strategik ini. Kami yakin kejayaan dan kepakaran mereka yang telah terbukti di rantau ini akan bersinergi dengan baik dengan jenama dan pengalaman produk Royal Enfield. Dengan tumpuan pada segmen pertengahan, kami yakin Classic 350 baharu akan memacu pertumbuhan dan cita-cita kami,” kata Vimal.

Previous post

Proton Lancar Minyak Pelincir, Barangan Eksklusif R3

Next post

Jetour T-X Mungkin Tiba Sebelum Ford Bronco Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *