Motosikal / Lain Lain Roda

Royal Enfield Petaling Jaya Kini Dibuka Secara Rasmi

Jenama motosikal terkenal dari India, Royal Enfield baru-baru ini merasmikan pembukaan kedai flagship pertamanya di negara ini. Terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya, kedai eksklusif itu dioperasikan oleh DIDI Automotive Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi motosikal Royal Enfield di negara ini.

“Kami akan terus melabur dalam penambahbaikan selepas jualan dan perkhidmatan nilai tambah untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan seperti aktiviti tunggangan dan perhimpunan yang unik kepada setiap pemilik Royal Enfield,” kata pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo.

Royal Enfield Petaling Jaya

Bersempena dengan pembukaan itu, DIDI Automotive turut melancarkan dua model motosikal Royal Enfield ke pasaran tempatan iaitu Classic 350 dan Meteor 350. Kedua-duanya berkongsi enjin 349 cc silinder tunggal dengan suntikan bahan api yang menghasilkan 20.2 bhp pada 6,500 rpm dan 27 Nm pada 4,000 rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi lima kelajuan, dengan gear kelima sebagai overdrive untuk tunggangan yang santai dan ekonomikal di lebuh raya. Penggunaan aci pengimbang pula dikatakan dapat mengurangkan kesan gegaran.

Apa yang membezakan kedua-dua model ini adalah penampilan, di mana Classic 350 tampil dengan rekaan klasik manakala Meteor 350 pula lebih moden. Dijual pada harga bermula dari RM23,500, Classic 350 boleh didapati dalam tiga varian dengan tujuh pilihan warna iaitu Halcyon, Dark dan Classic Chrome.

Sementara itu, Meteor 350 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Fireball, Stellar dan Supernove. Harga jualan model ini bermula dari RM24,300. Apa yang menarik, kedua-dua model ini hadir dengan waranti selama tiga tahun tanpa had perbatuan, Bantuan Tepi Jalan selama tiga tahun dan servis percuma sebanyak tiga kali.

Previous post

Kebakaran Kereta Kerana Anda Benarkan Orang Lain Buka Hud Anda

Next post

Chery Tiggo 7 Pro LAWAN Proton X70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *