Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mitsubishi Malaysia Memperkenalkan Triton Phantom Plus Edition

Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition adalah satu lagi varian terhad Triton A/T Premium.

Tidak ramai yang dapat menafikan bahawa Mitsubishi Triton adalah salah satu trak pikap yang berjaya di Asia Tenggara. Facelift model ini sudah dipasaran lebih dari 3 tahun dan masih kukuh dalam kedua-dua pasaran pengguna dan komersial.

Bagi Tahun Kewangan 2021 (April 2021- Mac 2022), Mitsubishi Motors menjual 9,420 unit Triton yang merupakan peningkatan 24% berbanding tempoh yang sama dalam tahun sebelumnya.

Mitsubishi Triton Sudah Tersedia Dalam 6 Varian

Varian TritonHarga (RM)
Athlete146,600
AT Premium126,900
MT Premium116,200
AT107,990
MT103,200
Quest81,390

Varian Triton Athlete telah diperkenalkan sebagai flagship mereka, tetapi masih ada ruang untuk satu lagi varian yang berorientasikan gaya hidup pada harga yang lebih rendah.

Mitsubishi Triton – Phantom Plus Edition terhad kepada hanya 1,000 unit dan hanya boleh didapati dalam warna Jet Black Mica.

Dari segi estetika, Triton – Phantom Plus Edition diperkukuhkan dengan bumbung dekoratif dengan pencahayaan LED dan bamper depan dan belakang beraksen merah.

Agar kelihatan lebih agresif, trak pikap 4×4 edisi terhad ini menambah bentuk pada sisi pintu, acuan PHANTOM pada pintu belakang dengan spoiler, sports bar kemasan matte dan reka bentuk roda aloi hitam berkilat 18 inci, tayar all terrain Yokohama Geolander, dengan pelekat badan PHANTOM PLUS untuk melengkapkan gayanya. Bantuan pintu belakang turut disediakan.

Di dalam, Triton – Phantom Plus Edition baharu in didatangkan dengan tempat duduk kulit tiruan sporty dan karpet berciri merah. la juga dilengkapkan dengan Audio Skrin Sentuh 9 inci dengan Apple Carplay dan Sedia-Android sebagai standard.

Triton – Phantom Plus Edition dijual pada harga di atas jalan dan tanpa insuran untuk pendaftaran persendirian dan didatangkan dengan waranti 5-Tahun atau 200,000 km yang mana terdahulu.

Harga Mitsubishi Triton – Phantom Plus Edition

KawasanHarga (RM)
Semenanjung Malaysia139,700
Sabah141,700
Sarawak141,750
Langkawi131,902
Labuan134,353

Triton Phantom Plus Edition dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4-liter MIVEC, yang menghasilkan kuasa maksimum 181 PS dan tork maksimum 430 Nm dengan teknologi Variable Valve Timing.

Dari segi keselamatan, Triton – Phantom Plus Edition didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Peringatan Rehat, Bantuan Permulaan Bukit (HSA) dan Bantuan Kestabilan Treler (TSA).

Triton – Phantom Plus Edition juga dilengkapkan dengan Perakam Video Pemanduan (DVR) yang ditawarkan oleh penjual sah MMM sebagai standard di semua ruang pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara.

Sebagai kawalan, Triton Phantom Plus Edition dilengkapkan dengan Easy Select 4WD dengan mod off-road bagi karakteristik pengendalian optimum bagi apa sahaja rupa bumi. Triton Phantom Plus Edition juga didatangkan dengan Kawalan Penurunan Bukit di mana kelajuan kenderaan dikawal secara elektronik semasa di dalam mod menurun.

Triton- Phantom Plus Edition juga memberikan radius pusingan yang hebat iaitu 5.9m, menjadikan memarkir atau membuat pusingan ruang yang sempit lebih mudah.

Previous post

Indonesia Jemput Chery Bincang Pelaburan Tenaga Baharu

Next post

Perodua Ativa Hybrid Hanya Untuk Langganan Sahaja

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.