Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mitsubishi Motors Malaysia Lancar Triton Athlete

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan Triton Athlete baharu yang menggantikan Triton Adventure X sebagai varian flagship dalam barisan model trak pikap itu.

Model ini didatangkan dalam tiga warna – Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet Black Mica – serta aksesori tambahan yang membuatkannya tampil lebih rugged seperti kemasan hitam berkilat pada bahagian bampar dan gril Dynamic Shield, serta pelekat grafik pada bahagian sisi. Warna hitam turut menghiasi bahagian-bahagian lain termasuk cermin sisi, pemegang pintu, pelindung tingkap, pemijak sisi serta rim berukuran 18 inci.

Ruang dalaman pula menampilkan balutan kulit dengan jahitan kontras berwarna oren pada stereng dan tombol gear, serta scuff plate dengan pencahayaan LED. Triton Athlete juga didatangkan standard dengan fungsi peredaran udara pada bahagian belakang.

Sistem infotainmen terdiri daripada skrin sentuh berukuran tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android. Pelanggan juga boleh mendapatkan All Round Monitor (ARM) dan Driving Video Recorder (DVR) di semua wakil pengedar sah MMM di seluruh negara.

Kuasa masih lagi dibekalkan oleh enjin turbodiesel 2.4-liter MIVEC yang mampu menjana 181 PS dan 430 Nm dengan teknologi Variable Valve Timing. Ciri Super Select 4WD II dengan mod Off-Road memberikan prestasi optimum di atas pelbagai jenis bentuk muka bumi, manakala Hill Descent Control membolehkan pemandu menuruni bukit dengan mudah.

Aspek keselamatan merangkumi ciri-ciri seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW dengan LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara SRS.

Triton Athlete ditawarkan pada harga RM141,500 (harga atas jalan tidak termasuk insurans). Ia didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 200,000 km.

Previous post

UMW Toyota Catat Pertumbuhan Jualan 62% Bagi Suku Pertama 2021

Next post

Toyota Harrier Generasi Ke-4 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *