Bisnes

Indonesia Jemput Chery Bincang Pelaburan Tenaga Baharu

Jika Indonesia boleh mencipta strategi yang kukuh untuk elektrifikasi, adakah Malaysia juga boleh mendapatkan bantuan daripada Chery?

Ketika Presiden Indonesia Joko Widodo melawat China, Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, bertemu dengan Naib Presiden Eksekutif Chery International, Encik Zhang Shengshan.

Encik Zhang kemudian membentangkan pelan pelaburan untuk Chery di Indonesia yang termasuk kenderaan elektrik (EV) dan memperkenalkan rancangan Chery mengenai teknologi, produk, bateri dan rangkaian industri lain.

Encik Luhut bersama Menteri Luar Negeri Indonesia dengan cepat mengakui kekuatan antarabangsa dan kemahiran teknikal Chery dan bersetuju dengan rancangan pelaburan yang dicadangkan.

Delegasi Indonesia menyatakan keyakinan penuh terhadap Chery kerana mereka mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Chery Automobile dan menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan komunikasi untuk memastikan sokongan yang mencukupi dan memacu pembangunan Chery di Indonesia.

Walaupun separuh pertama tahun 2022 merupakan masa yang mencabar untuk keseluruhan industri automotif, Chery Group merekodkan jualan sebanyak 475,000 kenderaan, meningkat 12 peratus daripada tempoh masa yang sama tahun lepas, dengan 148,000 daripada kenderaan ini dijual di luar China, peningkatan 36 peratus berbanding 2021.

Chery telah menjadi pengeksport kenderaan nombor satu di China selama 19 tahun berurut-turut. Ini dimungkinkan oleh rangkaian Chery yang merangkumi 80 negara dan wilayah, dengan jumlah jualan global terkumpul lebih 10 juta kenderaan serta mempunyai 10 kilang operasi dan lebih 1,500 pusat jualan dan servis di luar China.

Selain itu, Encik Zhang menyatakan bahawa pasaran Asia Tenggara akan memainkan peranan penting dalam globalisasi Chery, terutamanya Indonesia kerana mereka mempunyai ekonomi dan populasi terbesar di ASEAN. Ini selaras dengan rancangan mereka untuk meluaskan jangkauan mereka di Asia Tenggara dan mengeksport ke seluruh dunia.

Chery merancang untuk membina pusat pengeluaran di Indonesia yang akan menyelia Penyelidikan dan Pembangunan/Research and Development (R&D) dan jualan dan Encik Zhang menyatakan bahawa Indonesia kaya dengan sumber mineral, terutamanya nikel, yang penting untuk industri EV. Chery juga merancang untuk membina lebih banyak rangkaian perindustrian di Indonesia.

Pandemik global telah memaksa seluruh dunia membuat perubahan untuk menyesuaikan diri, tetapi keuntungannya menurut Chery ialah hubungan antarabangsa semakin kukuh.

Chery kini merupakan rakan dagang terbesar Indonesia dan Chery berkata mereka masih sama-sama komited kepada Malaysia semasa mereka berusaha untuk memperkenalkan OMODA 5 dan beberapa model Tiggo Pro.

Bolehkah Chery menembusi pasaran Malaysia sekali lagi dengan jayanya?

Previous post

Tempahan Perodua Masih Kukuh Walaupun Dengan Cukai Jualan

Next post

Mitsubishi Malaysia Memperkenalkan Triton Phantom Plus Edition

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *