Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

MFJ Logistics Terima New Truck Generation XT Pertama Johor

Scania telah menyerahkan New Truck Generation (NTG) XT G410A6x4NZ yang pertama di Johor kepada MFJ Logistics Sdn Bhd (MFJ). Penyerahan NTG XT ini bersama dengan Perkhidmatan Kontrak dan Scania Fleet Management System (FMS) Control 10 dan dibantu oleh Perkhidmatan Kewangan
Scania.

Scania Malaysia menyerahkan kunci kepada Mad Faisal Jamaluddin, Pengarah MFJ Logistics Sdn Bhd di premis MFJ di Pagoh. MFJ yang ditubuhkan pada 2014, memberi tumpuan kepada pengangkutan buah kelapa sawit yang dikutip setiap hari dari ladang pekebun kecil di sekitar Muar dan dihantar ke kilang penapisan minyak sawit untuk pemprosesan.

New-Truck-Generation-XT-DSC_0676

Perkhidmatan Kontrak, dan Kewangan Scania yang komprehensif memberikan MFJ penyelesaian logistik secara menyeluruh dan ketenangan fikiran. Sehubungan itu, keuntungan dapat direalisasikan serta-merta dengan kos bulanan tetap dan boleh diramal, dengan mengetahui bahawa XT berada dalam kedudukan baik untuk menjamin uptime sambil menjana pendapatan melalui operasi perniagaan hariannya.

Scania NTG XT bersedia untuk menempuh cabaran yang paling sukar. Ia boleh disesuaikan untuk menahan persekitaran yang mencabar, memastikan uptime dan meningkatkan produktiviti. Memandu trak XT menunjukkan kualiti sebenar dan merupakan tanda keteguhan dan kuasa. Bumper XT memberikan perlindungan yang sangat baik untuk komponen di hadapan kenderaan, mengurangkan masa henti yang tidak diingini dan pembaikan ruang pemandu dan casis yang mahal manakala meningkatkan mobiliti dengan sudut pemacuan yang lebih besar.

New-Truck-Generation-XT-DSC_0764-1

Scania XT dilengkapi dengan perlindungan lampu depan dan lampu kabus bersepadu di bumper. Kelebihan trak ini mempunyai lampu yang boleh diyakini tidak pecah semasa memandu di persekitaran yang lasak. Tempat duduk boleh laras yang berdekatan dengan pintu, papan pemuka ergonomik, dan cermin depan yang besar dengan pandangan lanjutan memudahkan pemandu untuk beroperasi dalam
persekitaran yang selesa dan selamat.

Melalui Kawalan Scania FMS Control 10, MFJ akan mendapat banyak manfaat dari segi maklumat dan pandangan. Daripada keperluan teras seperti kedudukan masa sebenar XT, melalui prestasi kenderaan, laporan alam sekitar, perancangan perkhidmatan dan laporan cacat sehingga kepada penilaian pemandu yang akan membantu mengenal pasti potensi peningkatan penggunaan kenderaan yang boleh dicapai melalui latihan dan bimbingan pemandu.

New-Truck-Generation-XT-DSC_0934-Loading-palm-oil-fruits-onto-XT

NTG XT juga dicipta khas dan direka bentuk untuk memberikan kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan CO 2 yang lebih rendah kerana ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik yang memberikan 3% penjimatan bahan api yang lebih baik. Pra-set Mod Ekonomi lalai, dalam NTG XT yang disertakan dengan Opticruise, menjimatkan lebih banyak bahan api.

Previous post

Tayar Baharu Dari Pirelli Cinturato Rosso Diperkenalkan

Next post

Jual Kereta Anda! Jangan Biarkan Ia Reput Hancur Lebur!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *