Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Pandu Uji New Truck Generation Oleh Scania 2019

Kami di beri peluang memandu New Truck Generation oleh Scania Khamis lalu dan terus terang saya cakap ianya adalah satu pengalaman yang mengejutkan untuk saya.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Saya tidak sangka yang ianya begitu senang sekali memandu sebuah lori dan ianya bukan sebarang lori, ianya bapak kepada semua lori. Kami diberikan peluang untuk memandu Scania G410A6X2 New Truck Generation mereka. Sebuah lori yang besar, lebar, panjang dan berat. Tapi itu satu tanggapan sahaja.

Scania 2

Daniel Tan, Sales Director of Scania Southeast Asia explained to our guests from Singapore the importance of the drivers and highlighted the key features of the New Truck Generation that will improve driving performance and ergonomics

Sebelum anda masuk dan duduk di dalam kabinnya anda mungkin terfikir yang anda akan berasa resah atau takut tapi sebenarnya, tidak. Sebaliknya, anda akan berasa selesa dan amat yakin sekali. Ya, sudah pasti semuanya adalah besar tetapi tidak keterlaluan. Tidak macam dulu-dulu.

Scania 3

Mr Alvin Tan from Librans Sdn Bhd explored the interior of New Truck Generation using virtual reality headset with Tan Chee Hon, Services Product Manager of Scania Southeast Asia

Kerusi, papan pemuka, skrin sesentuh, stereng semua ada dan, semua seperti kereta anda. Sterengnya siap dengan pelbagai butang dan bawahnya leper macam stereng sebuah kereta GTI.

Scania 4

Roslan, one of Scania experienced driver trainers showing Dato’ Ooi Win Juat of Puspakom, the features of the Scania truck that help increase the uptime while reducing CO2 emissions

Anda mungkin ingat yang bila memandu lori mesti ada banyak titik buta. Ya betul, tetapi New Truck Generation oleh Scania ini, siap dengan ciri keselamatan yang canggih. Cermin depan yang lebih luas. Cermin pandang belakang tepi mereka paling menyeluruh. Bukan satu tetapi dua tingkat kiri dan kanan. Depan pun ada untuk pandangan bumper depan dan apa yang di depan bumper sekali. Apa yang di kiri kanan depan semuanya nampak terang benderang.

Scania 5

Anders Liss, Regional Manager for Southern Region and Country Manager for Scania Malaysia Singapore explaining to customers the rollover side curtain airbags that is the first in Malaysia

Kerana ianya lori gear memanglah banyak sekali, 8-12+2 gear kalau tak silap tetapi jangan risau. Semuanya otomatik. Cuma pilih. P untuk Park, D untuk Drive dan N untuk Neutral.  R tak payah. Hari tu kita bawak gohed saja. Tak ada gostan. Kerusi rapat dengan pintu dan bila anda jenguk luar anda boleh lihat sampai kebawah tepi pintu.

Scania 6

Mr Mohamad Hasni from Yeap Transport and Trading Company shared his experienced driving the New Truck Generation that enhancements have been made to provide an enriched driver’s environment

Tindakbalas sistem brek serta merta. Ada brek biasa dan ada brek tambahan yang menggunakan ekzos. Bila menurun dia akan brek sendiri jika anda lupa mengenakannya.

Scania 7

Tasik Bintang Transport and Trading Sdn Bhd, an existing Scania customer with 12 Scania trucks in their fleet, purchased a total of 9 New Truck Generation by Scania as a sign of confidence in the performance and reliability of Scania trucks

Air beg curtain dia macam tilam. Jika Scania anda terbalik, tergolek, anda akan jatuh keatas tilam.

Powerpun boleh tahan. Enjin 13 liter Euro 3 Scania G410A6X2 ini menghasilkan 410hp dan tork 2050nm. Heh, heh, ya. 2050nm.

Itu satu cerita. Tentang penyenggaraannya pula cerita lain. Scania Service Solutions ada bermacam. Mereka ada Scania Assistance. 

Scania 8

Mekar Angkut Sdn Bhd, part of the Konsortium E-Mutiara group of companies, purchased 5 units of G360A4X2NA Scania New Truck Generation as their first time purchase

Di mana sahaja anda berada, Scania Assistance tersedia 24/7/365 – dengan satu panggilan anda berhubung dengan penyelaras perkhidmatan profesional yang mengetahui Scania anda – dan bercakap bahasa anda. Jadi jika perkara yang tidak dijangka berlaku, sentiasa ada seseorang yang dapat membantu.

Scania 10

Idris Talib of SGCarMart drove Scania G410A6X2 New Truck Generation at the Test and Drive 2019 event

Yang paling canggih ialah Fleet Analytic mereka.

Setiap Scania lengkap dengan sistem pemantauan yang memantau segala-galanya. Bukan saja ada gps di mana mereka tahu ke mana Scania anda pergi, berapa kali berhenti, berapa lama, tetapi sistem pemantauan mereka boleh tahu apa saja yang Scania anda lakukan. Jarak berjalan, minyak digunakan, berapa kali dan berapa lama idle, berapa kali brek, berapa kali tekan minyak, kelajuan, air-cond, berat ringan barangan. Semua lah. Telefon pintar kita yang paling canggih pun kalah. Oh by the way, anda memang boleh memantau Scania anda dengan hanya telefon pintar anda.

Scania 9

Marie Sjödin Enström, Managing Director of Scania Southeast Asia was driving one of the guests on Scania G410A6X2 New Truck Generation that is designed and engineered to give Scania truck owners better fuel efficiency and lower CO2 emissions

 Pendek kata. New Truck Generation oleh Scania bukan saja sebuah lori moden ianya satu pakej yang menyeluruh. Kami terpegun.

Siaran Media 

KUALA LUMPUR – New Truck Generation oleh Scania telah menerima tindak balas positif serta pujian yang memberangsangkan daripada pembeli-pembeli serta tetamu yang hadir sewaktu acara Uji Pandu New Truck Generation by Scania 2019 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Acara yang berlangsung selama seminggu telah melihat lebih 300 jemputan dari kalangan pembeli, tetamu, para peminat serta para media mengerumuni MAEPS untuk memandu New Truck Generation dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Para peserta memuji prestasi serta ciri-ciri baharu New Truck Generation selepas diberikan peluang untuk memandu Scania G410A6X2 New Truck Generation merentasi dua pilihan laluan yang disediakan di dalam MAEPS.

Salah satu pujian datang dari Alex Lai dari syarikat Mansang Logistics Sdn Bhd yang berkata “berbanding dengan trak Scania yang lama, New Truck Generation adalah jauh lebih baik kerana banyak ciri telah dipermudahkan dan lebih mesra pengguna, sangat selesa serta yang paling penting, keterlihatan pemandu lebih jelas dari semua sudut. Prestasi trak juga lebih dipertingkatkan dan sangat berkuasa. Selain itu, ciri keselamatan seperti penambahbaikan tindakbalas sistem brek adalah satu keistimewaan New Truck Generation.”

Mohamad Hasni daripada Yeap Transport and Trading Company pula berkata “daripada perspektif pemandu, penambahbaikan juga telah dibuat untuk memperkayakan lagi persekitaran pemandu dalam trak.”

“Bahagian kabin pula adalah luar biasa dan lain daripada yang lain. Tempat duduk yang boleh dilaras dan rapat dengan pintu, papan pemuka ergonomic dengan skrin sesentuh dan cermin depan yang lebih luas dengan pandangan lanjutan membenarkan pemandu untuk membuat pemanduan dan beroperasi dengan lebih selesa dan dalam persekitaran yang selamat. New Truck Generation sememangnya telah direka cipta untuk keperluan para pelanggan dan pemandu. Memang terbaik” hurai Mohamad Hasni lagi.

“Saya amat berterima kasih kepada para tetamu yang mengambil masa untuk pandu uji New Generation Truck kami. Maklum balas yang diterima daripada mereka juga telah memberi inspirasi lebih kepada saya. Para tetamu telah melihat sertai merasai sendiri prestasi New Truck Generation kami dan sekarang mereka percaya bahawa trak Scania sememangnya dapat membantu untuk memberikan mereka kos operasi yang lebih rendah, meningkatkan pendapatan dan keuntungan untuk syarikat,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström.

New Truck Generation oleh Scania merupakan hasil daripada 10 tahun penyelidikan dan pembangunan, pelaburan sebanyak SEK 20 bilion (RM10 bilion) dan lebih daripada 12 juta kilometer ujian pemanduan. Dilancarkan awal tahun ini, New Truck Generation telah direka dan direka cipta untuk memberikan pemilik-pemilik trak Scania kecekapan bahan api yang lebih bermutu dan mengurangkan pelepasan CO2 kerana ia telah dilengkapi dengan ‘powertrain’ yang canggih serta penyelesaian aerodinamik yang dapat memberi pengurangan bahan api secara purata sebanyak 3 peratus. Ciri – ciri lain yang terdapat dalam New Truck Generation termasuk reka bentuk casis yang baru, pilihan penyimpanan lanjutan dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti beg udara tirai sisi yang pertama kalinya terdapat di Malaysia.

“Sebagai sebuah bisnes, Scania sentiasa berada di garis hadapan dalam menyediakan penyelesaian kenderaan mampan kepada pembeli-pembeli kami. New Truck Generation kami akan berfungsi sebagai kenderaan untuk membawa momentum kemajuan ekonomi sambil mengurangkan jejak karbon ke arah iltizam 2050 kami bagi mencapai pelepasan besifar-bersih,” tambah Marie.

Uji Pandu New Truck Generation by Scania 2019 juga telah menyaksikan majlis penyerahan New Truck Generation kepada dua pelanggan Scania iaitu Mekar Angkut Sdn Bhd (Mekar Angkut) dan Tasik Bintang Transport and Trading Sdn Bhd (Tasik Bintang). Mekar Angkut merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Konsortium E-Mutiara telah memutuskan untuk membeli 5 buah G360A4X2Na Scania New Truck Generation sebagai pembelian pertama mereka setelah berasa berpuas hati dengan prestasi bas-bas Scania yang telah beroperasi di bawah Konsortium EMutiara sebelum ini. Sebaliknya, Tasik Bintang pula yang juga merupakan pelanggan sediakala Scania memilih untuk membeli 9 buah trak New Truck Generation Scania sebagai penambahan kepada 12 buah trak Scania yang telah dimiliki, untuk membesarkan lagi armada mereka.

Sejak perasmian New Truck Generation, banyak syarikat – syarikat pengangkutan dan logistik telah membeli truk Scania yang baharu ini yang menjadi bahan bukti keyakinan terhadap Scania serta peningkatan tumpuan ke arah industri penyelesaian pengangkutan yg mampan.

Previous post

Program Cerah Ceria BHPetrol Didik Pelajar Kepentingan Berpakaian Cerah

Next post

Model Isuzu D-MAX 2020 Dipamerkan Di Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *