Gaya Hidup

Program Cerah Ceria BHPetrol Didik Pelajar Kepentingan Berpakaian Cerah

BHPetrol sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah rendah dengan menjalankan pelbagai inisiatif sejak 10 tahun yang lalu.

Cerah Ceria Bersama BHPetrol

Bagi tahun ini, BHPetrol mengadakan program kesedaran ‘Cerah Ceria Bersama BHPetrol’ di SK Kementah Kuala Lumpur, di mana lebih 1,000 pelajar menyertai pelbagai aktiviti keselamatan jalan raya sebagai pelengkap kepada kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya yang diajar di sekolah.

BHP SK Kementah (1152)

BHP SK Kementah (1157)

Diadakan pada 9 Oktober 2019, program tersebut merupakan sebahagian daripada strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) BHPetrol dan memfokuskan kepada kepentingan memakai pakaian cerah untuk mudah dilihat di jalan raya. Idea di sebalik program ini tercetus pada 2010, di mana pada ketika itu tidak banyak inisiatif keselamatan jalan raya dijalankan terutamanya untuk kanak-kanak di luar bandar.

BHP SK Kementah (1160)

BHP SK Kementah (1165)

Sejak itu, program Cerah Ceria telah dijalankan di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia seperti Sabak Bernam, Hulu Langat, Pelabuhan Klang, Muar, Temerloh dan yang terbaru di Kem Kementah Kuala Lumpur.

BHP SK Kementah (1195)

BHP SK Kementah (1209)

Program ini memfokuskan kepada aspek penglihatan (visibility) kerana kanak-kanak mempunyai fizikal yang kecil dan sukar untuk dilihat oleh pengguna jalan raya terutamanya pemandu lori. Kelip-kelip dipilih sebagai ikon program ini untuk menyampaikan mesej bahawa walaupun ia kecil, ia terang dan mudah dilihat dari jauh.

BHP SK Kementah (1164)

BHP SK Kementah (1210)

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah jarak berhenti kenderaan, lima langkah untuk melintas jalan dengan selamat, batasan fizikal, memakai pakaian cerah dan berbasikal dengan selamat.

BHP SK Kementah (1180)

BHP SK Kementah (1229)

Selain itu, Azharul Izwan Puaadi, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan turut menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya. Turut hadir adalah Fardzi Shah Razali, Pengurus Besar, Operasi dan HSSE Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Leftenan Kolonel Azizul bin Abdul Kadir, Pegawai Pemerintah Kem Kementah.

Previous post

Belanjawan 2020 Untuk Sektor Pengangkutan Dan Auto

Next post

Pandu Uji New Truck Generation Oleh Scania 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *