Motosikal / Lain Lain Roda

Aprilia Tuareg 660 Kini Di Malaysia Pada Harga RM75,900

Dilancarkan bersama-sama SR GT hari ini adalah motosikal kembara kapasiti pertengahan iaitu Aprilia Tuareg 660 yang dijual pada harga pengenalan RM75,900. Ia hadir sebagai penawaran ketiga Aprilia dalam barisan 660 selepas RS 660 dan Tuono 660, kedua-duanya memasuki pasaran Malaysia pada tahun lalu.

Tuareg 660 dikuasakan oleh enjin 659 cc silinder berkembar selari yang turut digunakan pada RS 660 namun untuk model ini, kuasa enjin berkenaan dikurangkan kepada 80 hp pada 9,250 rpm dan 70 Nm pada 6,500 rpm. Transmisi enam kelajuan dengan klac basah jenis slipper memastikan kuasa disalurkan dengan efisyen.

Seperti RS 660, Tuareg 660 dilengkapi dengan sistem elektronik Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang merangkumi Traction Control, Engine Braking, Engine Maps, Cruise Control dan Multi-Map ABS. Terdapat empat mod tunggangan, semuanya boleh diakses menerusi paparan digital sepenuhnya dengan butang kawalan pada bahagian kiri bar hendal.

Sementara itu, sistem suspensi jentera ini pula merangkumi fork 43 mm dan penyerap hentak monoshock yang disambungkan dengan lengan ayun aluminium. Kedua-duanya keluaran Kayaba dengan fungsi pelarasan sepenuhnya. Untuk roda pula, model ini dilengkapi dengan rim lidi berukuran 21 inci di depan dan 18 inci di belakang.

Untuk kuasa membrek pula, Tuareg menggunakan cakera berkembar 300 mm dengan angkup Brembo dua piston di depan, dan cakera tunggal 260 mm dengan angkup Brembo satu piston di belakang.

Tuareg 660 mempunyai ukuran panjang 2,220 mm, lebar 965 mm, dan tapak roda 1,525 mm, dan tempat duduknya diletakkan pada ketinggian 860 mm. Sudut headstock adalah pada 26.7 darjah, manakala trail pula berukuran 113.3 mm. Kapasiti tangki bahan api adalah 18 liter (tiga liter simpanan) dan berat basahnya adalah 204 kg.

Untuk pasaran Malaysia, Tuareg 660 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Indaco Tageltmust, Acid Gold dan Martian Red.

Previous post

Aprilia SR GT 200 Dilancarkan Di Malaysia - RM19,900

Next post

Bolehkah Rakyat Malaysia Marhaen Hidup Tanpa Subsidi Minyak Esok?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *