Berita Auto

Toyota Veloz Dapat Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Toyota Veloz menjadi model terkini yang dinilai di bawah protokol baharu ASEAN NCAP 2021-2025 selepas Honda Civic generasi ke-11. Versi sporty kepada Avanza itu menerima penarafan lima bintang dengan skor keseluruhan sebanyak 79.99 daripada 100 mata.

Terdapat empat kategori penilaian di bawah protokol 2021-2025, yang mana Veloz mencapai 34.88 mata dalam Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 17.17 mata dalam Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), 16.03 mata dalam Bantuan Keselamatan (SAT) dan 11.92 mata dalam Keselamatan Penunggang Motosikal (MS). Baca laporan penuh di sini.

Veloz dilengkapi dengan enam beg udara sebagai kelengkapan standard di semua negara di mana ia dijual kecuali di Indonesia yang menawarkan varian dengan dua beg udara. MPV tujuh tempat duduk itu didatangkan standard dengan Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Stability Control (ESC), Seatbelt Reminder System (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, serta teknologi Pedestrian Protection.

Selain itu, terdapat juga beberapa teknologi bantuan keselamatan yang disertakan secara standard atau sebagai opsyen seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) City, AEB Inter-Urban, Blind Spot Detection, Forward Collision Warning, (FCW), Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Keep Assist (LKA).

Ketua Pengarah MIROS yang juga merangkap Setiausaha Agung dan Pemangku Pengerusi ASEAN NCAP, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, “Pihak kami kini dalam tahun kedua pelaksanaan protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025. Walaupun terdapat beberapa jenama yang telah dinilai sejak tahun lalu, kami tahu pengeluar kini sedang dalam proses penyediaan pembangunan kenderaan masing-masing mengikut protokol ASEAN NCAP.”

“Pembangunan akan mengambil masa tertentu untuk memastikan item keselamatan yang telah ditetapkan dalam protokol dipatuhi. Saya yakin usaha mereka pasti akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya di rantau ASEAN,” tambah beliau.

Previous post

Akhirnya Boss MARii Ditahan Reman Oleh SPRM

Next post

Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S BMW Di Kota Kinabalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *