BisnesUndang - Undang

Akhirnya Boss MARii Ditahan Reman Oleh SPRM

Sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

Menurut laporan bebasnews.com Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan laporan mereka tentang penahanan reman ini.

Laporan itu menyatakan bahawa, menurut sumber mereka, kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang wanita dipercayai ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya merupakan 4 pemilik syarikat dan masing-masing seorang  penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya, hari ini.

Sumber bebasnews.com berkata, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai telah meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan  bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

BebasNews hari ini memetik sumber melaporkan ‘orang kuat’ Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii),  Datuk Madani Sahari  dan beberapa pegawai lain bakal ditahan reman selepas  SPRM melakukan serbuan ke atas institut itu semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM,  Dato’ Tan Kang Sai yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut. Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Apa itu MARii?

MARii ialah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang berfungsi untuk memacu pembangunan sistem pintar strategik dan operasi melalui pemanusiaan dan penggunaan platform pintar, aplikasi dan teknologi digital seperti Analisis Data Besar. dan Kepintaran Buatan.

Ini termasuk tumpuan untuk meningkatkan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan keupayaan selepas jualan dalam industri automotif dan ekosistem mobiliti yang berkaitan.

Kampus ibu pejabat MARii terletak di bandar pintar Cyberjaya, Selangor yang hijau dan indah. Dalam jarak 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur dan kementerian induknya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), bangunan MARii dibuka kepada orang ramai, pemain industri dan ahli akademik untuk membincangkan rancangan, strategi dan aktiviti dalam meningkatkan industri automotif negara.

Previous post

Tempoh Percubaan RFID Penting Bagi Pastikan Keberkesanannya

Next post

Toyota Veloz Dapat Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *