Berita Auto

Touch ‘n Go Diminta Kaji Semula Kos Tag RFID

Harga pelekat atau tag RFID hangat diperbincangkan sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pelaksanaan menyeluruh lorong RFID di seluruh Lebuhraya PLUS pada Januari lalu. Ramai yang berpendapat bahawa harganya terlalu mahal, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa kos sebenar tag itu hanya RM1.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan telah meminta Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk mengurangkan harga tag RFID.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Touch ‘n Go sebagai penyedia perkhidmatan sistem kutipan tol di semua lebuh raya di Malaysia perlu mengkaji semula kos-kos berkaitan bagi tujuan mengurangkan harga jualan tag RFID.

Tag RFID dijual pada harga RM35 dan ia termasuk kos tag RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

Fadillah menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meminta Kementerian Kerja Raya untuk berkongsi perkembangan pelaksanaan RFID dan sejauh mana penggunaannya dapat mengatasi kesesakan di plaza tol.

Menurut Fadillah, dengan RFID dan SmartTAG, sebanyak 1,000 kenderaan direkodkan menggunakan plaza pada setiap satu jam berbanding hanya 450 kenderaan oleh pengguna yang menggunakan Touch ‘n Go pada tempoh yang sama. Selain itu, beliau berkata bahawa bilangan pengguna RFID turut meningkat sebanyak 18 peratus.

Beliau turut menambah bahawa pelaksaan RFID bukan suatu perancangan yang drastik namun telah dilaksanakan melalui projek rintis yang melibatkan plaza tol sistem terbuka di Lembah Klang sejak 2017.

Previous post

Porsche Pemasangan Tempatan Bermula Secara Rasmi 28 Mac 2022 Ini

Next post

Jualan Proton Meningkat 107% Pada Februari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *