Berita Auto

RFID Dilaksanakan Di Semua Tol PLUS Bermula 15 Januari 2022

Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022. Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) menerusi satu kenyataan.

Menurut kementerian itu, pelaksanaan ini akan menjadikan lorong RFID tersedia di seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna.

Selain itu, ia juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System – ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR dan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow – MLFF).

Antara kelebihan RFID adalah pelanggan boleh menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID pada kelajuan 30 km/j, mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 menerusi transaksi tanpa sentuh serta menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai menerusi Touch ‘n Go eWallet.

Sementara itu, kutipan tol menggunakan Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan setakat ini, namun kedua-dua keadah itu akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuhraya sebelum pelaksanaan MLFF.

Tag RFID boleh didapati secara dalam talian menerusi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang sah. Pembelian dan pemasangan tag RFID boleh dilakukan di 39 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Previous post

Honda Rebel Dapat Warna Pearl Organic Green Untuk 2022

Next post

Adakah Tayar Run-Flat Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Biasa?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.