Khidmat Masyarakat

Perdana Menteri Umum Tol Percuma Sempena TBC 2023

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina Kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman dengan menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari 2023 ini.

“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.

PLUS-toll-RFID-4.0

YAB Perdana Menteri menambah, perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuhraya terlibat melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM40 juta.

Seafield Toll Plaza

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Darat

Pengangkutan darat seperti pengangkutan jalan raya dan kereta api adalah mod pengangkutan utama di Malaysia. Oleh itu, untuk menyelaraskan semua aktiviti, Bahagian Darat berperanan penting sebagai penjana dan mendorong pembangunan dan pelaksanaan atau Dasar Pengangkutan Nasional.

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

VISI

Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara

MISI

  1. Memperkasakan pembangunan infrastruktur dan pengurusan asset menyeluruh.
  2. Memperluas pendigitalan industri pembinaan.

FUNGSI KEMENTERIAN:

  1. Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar – dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.
  2. Menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan kewangan.
  3. Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya jalan raya, lebuhraya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP).
  4. Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
  5. Mengawal selia dan memantau kontrak penyenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di bawah kawalan KKR.
  6. Menerajui pelaksanaan Intelligence Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
  7. Menyelaras agenda di bawah Kluster Infrastruktur.
Previous post

Volvo Akan Bina XC40 & C40 Elektrik Pacuan Belakang RWD

Next post

Isuzu D-Max Akhiri 2022 Dengan Menghancurkan Rekod Lama

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *