Motosikal / Lain Lain Roda

Didi Resources Buka Pusat 3S Vespa Skudai

Pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia iaitu Didi Resources baru-baru ini melebarkan lagi rangkaian jualan dan selepas jualannya menerusi pembukaan pusat 3S Vespa Skudai di Johor Bahru, Johor.

Dioperasikan oleh Ng Brothers Motor, outlet itu merupakan bilik pameran Vespa pertama di negeri itu dan ia menampilkan identiti korporat (CI) terbaharu jenama itu. Ia beralamat di 33, Jalan Pakis 1, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Vespa Skudai

Antara kemudahan yang disediakan termasuk sebuah bilik pameran di mana model-model terkini Vespa dipamerkan, sebuah pusat servis serta ruang rehat di mana pelanggan boleh beristirehat sementara menunggu skuter mereka siap diservis.

“Pembukaan Vespa Skudai mencerminkan usaha pengukuhan rangkaian pengedar Vespa di Malaysia,” kata Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Vespa Skudai

Didi Resources sebelum ini melancarkan pusat 3S Vespa di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Previous post

Perkongsian Mampan SCANIA, ADAS dan Euro V Pertama

Next post

MAN TGX Dilancarkan Di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *