Motosikal / Lain Lain Roda

Pusat 3S Vespa Dibuka di Kuching

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi Vespa di Malaysia, telah mengumumkan pembukaan pusat 3S Vespa pertama di Sarawak. Ia dioperasikan oleh syarikat Yong Sport Motor.

Terletak di Hakka Avenue Estate di Kuching, pusat itu menampilkan identiti korporat terbaru Vespa. Ia juga menawarkan pelbagai rangkaian produk jenama itu di samping mempunyai pusat servis bagi memenuhi keperluan pemilik Vespa di Kuching dan kawasan sekitar.

Di samping itu, pusat 3S itu juga mempunyai ruang lounge yang selesa serta pelbagai kemudahan gaya hidup untuk pelanggan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yong Sport Motor (Vespa Kuching) yang telah memperkenalkan dan membawa jenama Vespa di Sarawak, yang akan membantu mengukuhkan lagi jenama kami di Malaysia,” kata Rewi Hamid Bugo, pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Previous post

Cubalah Renault Captur Untuk Sebulan Dengan Harga Hanya RM699 [100 Unit Sahaja]

Next post

Pekerja R&D Proton Positif COVID-19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *