Motosikal / Lain Lain Roda

Didi Resources Buka Pusat 3S Vespa Di Kota Kinabalu

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia iaitu Didi Resources Sdn Bhd hari ini mengumumkan pembukaan sebuah bilik pameran Vespa baharu di Kota Kinabalu, Sabah.

Dikenali secara rasmi sebagai Stunning Bike atau Vespa Kota Kinabalu, outlet ini menempatkan sebuah bilik pameran dengan rangkaian produk Vespa yang lengkap dan juga sebuah pusat servis, sekaligus menjadikan ia pusat setempat (one-stop centre) bagi peminat jenama itu.

Vespa Kota Kinabalu

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pusat 3S Vespa yang pertama dibuka di Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Pembukaan Vespa Kota Kinabalu turut mencerminkan usaha untuk memperkukuhkan rangkaian pengedaran Vespa di Malaysia. Didi turut memperkenalkan dua bilik pameran Vespa baharu yang terletak di Kuantan, Pahang dan Johor Bahru, Johor menjelang akhir 2021,” kata Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Vespa Kota Kinabalu

Terletak di Wisma Inanam, Vespa Kota Kinabalu menampilkan identiti korporat baharu jenama itu dan menawarkan barisan model terkini Vespa bagi memenuhi keperluan pelanggan di Kota Kinabalu dan beberapa kawasan sekitar.

Vespa Kota Kinabalu

Selain bilik pameran dan pusat servis yang serba lengkap, outlet baharu ini turut mempunyai sebuah ruang rehat pelanggan dan pelbagai lagi kemudahan gaya hidup.

Previous post

BMW Malaysia Tawar Diskaun Komponen, Rebat Tunda Untuk Mangsa Banjir

Next post

eRockit Adalah Motosikal Elektrik Dengan Pedal Basikal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *