Kemalangan / Rosak / Recall

BMW Malaysia Tawar Diskaun Komponen, Rebat Tunda Untuk Mangsa Banjir

Bagi mengurangkan beban pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini, BMW Group Malaysia telah mengumumkan penurunan kos sebanyak 20% bagi pembaikan komponen untuk kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Bukan itu sahaja, pusat pengedaran BMW yang bertauliah juga akan menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas. Penurunan kos dan rebat ini sah sehingga 31 Januari 2022.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Susulan kes banjir yang dilaporkan di beberapa negeri di dalam negara, kami kekal komited untuk memudahkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami, termasuk ketika detik yang mencabar ini.

Oleh itu, BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedar kami bersedia untuk menawarkan pelanggan kami sokongan yang mereka perlukan melibatkan kenderaan mereka.”

Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedaran pilihan masing-masing atau BMW Roadside Assistance untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan (Customer Interaction Centre) di talian 1 800 88 3000.

Previous post

Adakah Alfa Romeo Akan Kembali Di Bawah Pejabat Malaysia Stellantis?

Next post

Didi Resources Buka Pusat 3S Vespa Di Kota Kinabalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *