Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu D-Max Dinobatkan Trak Pikap Nilai Terbaik Untuk Tahun 2022

Nampak gayanya Isuzu akan memerlukan kabinet trofi yang lebih besar tidak lama lagi

Belum lagi 2022, tetapi Isuzu D-Max telah dinamakan ‘Trak Pikap Nilai Terbaik Tahun 2022’ oleh 4×4 Magazine, penerbitan pikap dan off-road yang terkenal di UK. Penghargaan terbaru ini menyusuli anugerah ‘Pick-up of the Year’ yang diberikan oleh penerbitan yang sama tahun lepas.

Alan Kidd, Editor di Majalah 4×4 berkata, “Isuzu D-Max memenangi Pikap Tahunan tahun lepas selepas kami mula-mula memandunya, jadi kami sama sekali tidak terkejut dengan permintaan besar yang Isuzu hadapi sejak jualan bermula. Dan salah satu sebab mengapa orang ramai beratur untuk membelinya ialah Isuzu telah menetapkan harganya dengan sangat bijak.”

“Isuzu telah datang ke pasaran dengan pelbagai model yang telah undercut pesaing langsung mereka – jadi dengan wang yang tidak sebanyak, anda mendapat salah satu trak terbaharu dan terbaik di pasaran, dengan kebolehpercayaan yang terkenal, produk yang mantap dan jaminan terbaik. Tidak hairanlah orang ramai menaruh kepercayaan mereka kepada Isuzu D-Max.”

Alan Able, Pengarah Jenama, Isuzu UK mengulas, “Menerima anugerah untuk Trak Nilai Terbaik Tahun ini adalah cara terbaik untuk menamatkan 2021. Dengan pelancaran Isuzu D-Max serba baharu pada awal musim bunga dan pengembangan rangkaian peniaga sepanjang tahun, ini merupakan masa yang sangat mengujakan dan memberi ganjaran untuk Isuzu UK.”

Di Malaysia, D-Max generasi ketiga ini dilancarkan pada April 2021 dengan Platform Pacuan Dinamik Isuzu serba baharu dan enjin turbodiesel empat silinder 1.9 dan 3.0 liter yang disemak semula. Secara keseluruhan, terdapat tujuh varian D-Max, dengan harga antara RM88,599 untuk 1.9L Single Cab (MT) asas kepada RM141,938 untuk Double Cab X-Terrain 3.0 yang serba lengkap. Yang terakhir ini undercut  Toyota Hilux 2.8 Rogue dan Ford Ranger 2.0 WildTrak masing-masing, sebanyak kira-kira RM5,000 dan RM10,000.

D-Max terbukti popular dalam kalangan pembeli trak pikap Malaysia, dengan lebih 2,500 tempahan dalam masa tiga bulan sahaja selepas pelancarannya. Ia juga merangkul gelaran ‘Trak Pikap Terbaik Tahunan’ di Anugerah Kenderaan Terbaik/Vehicle of The Year (VOTY) 2021 kami pada bulan Oktober. Mungkin lebih mengagumkan ialah pada Julai tahun lalu, ia berjaya mengatasi jualan Hilux yang hebat di Thailand buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Previous post

Diskaun 80% Kompaun Saman Disambung Sehingga 31 Disember 2021

Next post

Awasi Hujan Lebat Semasa Perjalanan Disember Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *