Undang - Undang

Diskaun 80% Kompaun Saman Disambung Sehingga 31 Disember 2021

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pembayaran saman boleh dibuat melalui: – Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara, – Portal dan Aplikasi MyBayar Saman,- Pejabat Pos Malaysia, dan- ATM MaybankSumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Pengumuman ini ekoran dari sambutan yang teramat baik yang di terima di kaunter PDRM dan JPJ di acara sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangusung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 – 12 Disember.

Susulan itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan menutup serta-merta kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan pada program tersebut.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada penganjur Majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia susulan kegagalan mereka memastikan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19.

Kami turut berkongsi maklumat semalam bahawa pembayaran diskaun ini boleh dilakukan dalam talian tetapi orang ramai masih mahu pergi sendiri ke Majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, bersempana perasmian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob menekankan bahawa prestasi keseluruhan 100 Hari Jemaah Menteri belum menepati sasaran 100% seperti yang dihasratkan. Namun pada ketika ini, Ahli Jemaah Menteri telah mencapai sekitar 90 peratus. Walau bagaimanapun, sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata. Maka, peratusan yang dicapai ini bukan alasan untuk kita mendabik dada, sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk terus bekerja bersama rakyat.

Perdana Menteri turut menekankan walaupun sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dianjurkan agar rakyat dapat melihat dengan sendiri program yang disediakan, termasuk program Bantuan Aspirasi Kerajaan, pameran peluang kerjaya, kaunter perkhidmatan kerajaan dan banyak lagi program yang dibentuk khusus untuk Keluarga Malaysia, semua pihak hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Tonton video pengumuman berkenaan di Facebook PDRM:

https://fb.watch/9RpWdzm5x5/

Previous post

Anda Mahu Beli Perodua Tapi Bertahan Kerana Kempunan Apple Car Play

Next post

Isuzu D-Max Dinobatkan Trak Pikap Nilai Terbaik Untuk Tahun 2022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *