Berita Auto

VOTY 2021//Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max X-Terrain

Bukan mudah bersaing dalam segmen yang terdiri daripada model-model lain yang namanya lebih besar, namun Isuzu D-Max X-Terrain berjaya mencuri hati para juri untuk memenangi gelaran Pickup Truck of the Year tahun ini dengan rekaan luarannya yang segak, ruang dalaman yang setanding dengan SUV dan prestasi yang terpuji.

Tidak seperti beberapa pesaingnya yang mempunyai ‘rangka’ lama di sebalik ‘baju’ baharu, D-Max X-Terrain direka sepenuhnya dari mula dengan platform dan enjin baharu. Gabungan enjin dan transmisi menghasilkan pemanduan yang lancar, manakala talaan casis yang berkesan menjadikan trak ini stabil walaupun dipandu pada kelajuan tinggi.

Isuzu D-Max X-Terrain

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan yang membolehkan ia menerima pengiktirafan lima bintang dari ASEAN NCAP. Automatic Emergency Braking, Lane Departure Prevention, Rear Cross Traffic Alert dan Blind Spot Monitoring adalah antara beberapa ciri yang disertakan standard pada varian ini.

Spesifikasi Isuzu D-Max X-Terrain

Enjin: diesel Blue Power empat silinder
Kapasiti: 2,999 cc
Kuasa: 190 PS @ 3,600 rpm
Tork: 450 Nm @ 1,600 – 2,600 rpm
Transmisi: automatik 6 kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM141,938

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

Suzuki V-Strom 1050XT Kini Di Malaysia - RM81,900

Next post

VOTY 2021//Hot Hatch of the Year – Suzuki Swift Sport

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *