Kemalangan / Malapetaka / Recall

Gudang Kereta ‘Half Cut’ Terkenal Musnah Dalam Kebakaran

Sebuah gudang kereta potong dan alat ganti terkenal di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, Kuala Lumpur musnah dalam satu kebakaran pada Selasa (23 November 2021) lalu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran di gudang Suzuka Auto Parts pada 5.50 petang.

Sehubungan dengan itu, seramai 83 anggota dan 17 jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. Mereka adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul, BBP Sri Hartamas, BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Taman Tun Dr Ismail, BBP Wangsa Maju dan BBP Seputeh.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ di mana pasukan pemadam dibahagian kepada beberapa bahagian bagi mengelakkan api kebakaran daripada terus merebak.

Menurut JBPM, kebakaran itu menyebabkan gudang berkeluasan 40X100 kaki itu musnah hampir 90 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Punca kebakaran dan jumlah kerugian juga masih belum diketahui.

Kejadian itu sempat dirakam oleh pengguna lebuh raya yang melalui Lebuhraya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), dengan api dan asap tebal kelihatan dengan jelas dari Plaza Tol Jalan Duta.

Previous post

Ford Ranger Generasi Baharu Diperkenalkan Secara Rasmi

Next post

Kia Niro Serba Baharu Diperkenalkan Sebagai Kenderaan Mobiliti Mampan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *