Kemalangan / Rosak / Recall

500,000 Pemilik Kia dan Hyundai Di AS Diminta Meletak Kereta Di Luar Kerana Risiko Kebakaran

Banyak kenderaan Hyundai dan Kia di Amerika Syarikat berkemungkinan terbakar.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika / America’s National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengesyorkan pemilik beberapa model Kia dan Hyundai yang terjejas akibat recall baru-baru ini di AS meletakkan kereta mereka di luar garaj mereka. Ini kerana model ini mempunyai peningkatan risiko kebakaran petak enjin sama ada kereta dipandu atau dipakir. Ya, kereta ini boleh terbakar walaupun enjin tidak hidup.

Model yang terjejas termasuk Kia Sportage 2014-2016, Kia K900 2016-2018, beberapa varian Hyundai Santa Fe 2016-2019 dan Hyundai Tucson 2014-2015.

CNN menyatakan bahawa situasi ini menjejaskan kira-kira 500,000 pemilik di AS dengan Kia mengakui bahawa 3 kenderaan diketahui sudah terbakar.

Punca bahaya kebakaran dikaitkan dengan sistem ABS dalam kenderaan ini, tetapi ini belum disahkan lagi. Adalah dipercayai bahawa komponen elektrik dalam sistem brek anti-kunci mungkin mengalami short circuit secara dalaman, yang berisiko kebakaran bermula. Pembaikan melibatkan pemeriksaan modul dan menggantikannya dengan yang baharu. Bersama modul ABS baharu, kenderaan terjejas juga akan mendapat fius baharu yang mengurangkan jumlah kuasa yang masuk ke dalam modul ABS.

Tidak mungkin penarikan balik ini menjejaskan model yang dijual di Malaysia. Hanya model tertentu yang terjejas, dengan peniaga di AS ditugaskan untuk mengenal pastinya.

Berikut ialah siaran media NHTSA dengan lebih maklumat.

MEDIA RELEASE

Kia Motors America and Hyundai Motor America recommend that owners of select model year 2014-2016 Kia Sportage, 2016-2018 Kia K900 and 2016-2018 Hyundai Santa Fe vehicles park their vehicle outdoors and away from other vehicles or structures due to a risk of fire, even if the vehicle is turned off.

Kia and Hyundai have identified an increasing risk of an engine compartment fire. Although the cause remains unknown, the manufacturers believe an electrical component in the anti-lock brake system may experience an internal electrical short circuit that could increase the risk of fire both while the vehicle is being driven or parked.

The Kia recall notice is available here, and the Hyundai recall notice is available here

Kia and Hyundai will notify owners by mail with instructions to bring their vehicles to a Kia or Hyundai dealer for a free repair. Dealers will install a fuse designed to mitigate the risk of fire.

Vehicle owners can visit NHTSA.gov/Recalls or call NHTSA’s Vehicle Safety Hotline at 888-327-4236and enter their 17-digit vehicle identification number to see if their vehicle is under recall. If it is, the owner should park their vehicle outdoors until the recall repair is completed. Owners may also contact Kia customer service at (800) 333-4542.

NHTSA encourages everyone to download its SaferCar App to stay informed on current recalls.

Previous post

Volvo Cars Mencatat Hasil dan Keuntungan Tertinggi Pada 2021

Next post

Model Toyota Noah 2022 Didedahkan Di Jepun Dengan Ciri Alphard

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *