Bisnes

Rangkaian Minyak Enjin Dan Pelincir BHPetrol

Selain petrol RON 95 dan RON 97, dan diesel biasa Euro 2M dan Euro 5, yang mana semuanya dijual bawah jenama Infiniti di semua stesen servisnya di seluruh negara, BHPetrol turut menawarkan rangkaian minyak enjin untuk kereta penumpang, kenderaan komersial dan motosikal, serta pelbagai jenis lagi pelincir bagi memenuhi keperluan pelanggan dan perniagaan.

Minyak enjin

Kereta penumpang

  • SynGard 8000 ECO SAE 0W-20 – Ini merupakan minyak enjin sintetik penuh yang diformulasikan khas untuk enjin petrol dan petrol turbo suntikan terus (T-GDI) moden. Ia menawarkan perlindungan terhadap Low Speed Pre-Ignition (LSPI) dan menawarkan kestabilan termal serta tahap geseran yang rendah.
  • SynGard 8000 SAE 5W-40 – Ini merupakan minyak enjin multigred sintetik penuh berprestasi tinggi dengan teknologi aditif Amerika Syarikat yang sesuai untuk enjin eptrol aspirasi natural (NA) dan turbo. Antara kelebihannya adalah perlindungan ‘cold start’, pengurangan deposit piston, kestabilan suhu tinggi, kawalan enap cemar lebih baik dan pengurangan emisi.
  • SynGard 6000 SAE 10W-40 – Merupakan minyak enjin semi-sintetik premium, SynGard 6000 diformulasikan untuk melindungi enjin dan meningkatkan prestasinya. Antara kelebihannya adalah perlindungan lusuh yang lebih baik, ketahanan terhadap pembentuk enap cemar dan deposit piston yang lebih rendah. Ia sesuai enjin kereta berenjin petrol, LPG atau CNG, kenderaan komersial ringan dan 4WD.
  • SynGard 6000 ECO SAE 5W-30 – Direka untuk membuatkan enjin terasa seperti baharu, minyak ini menyediakan perlindungan terhadap lusuh dan kuasa pembersihan. Ia juga membantu menghalang pembentuk deposit dan enap cemar untuk memanjangkan hayat enjin dan meningkatkan ekonomi bahan api. Minyak ini disyorkan untuk semua jenis enjin moden, termasuk enjin petrol turbo dan supercharged serta enjin diesel.
  • SynGard 3000 SAE 15W-40 – Ini merupakan minyak enjin multigred berasaskan mineral dengan teknologi aditif unik yang menawarkan prestasi ekstra dan perlindungan terhadap lusuh. Sesuai untuk enjin NA dan petrol moden, ia juga mempunyai kestabilan suhu tinggi, serta menghalang pembentukan enap cemar dan karat.
  • SynGard Lvis SAE 10W-30 – SynGard Lvis merupakan minyak enjin multigred berasaskan mineral berkelikatan rendah yang dibangunkan untuk kenderaan kompak moden jenama Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea. Selain menyediakan perlindungan ‘cold start’ dan kestabilan suhu tinggi, ia juga mampu menghalang pembentukan enap cemar dan karat.
  • SynGard K SAE 10W-30 – SynGard K tidak jauh berbeza dengan SynGard Lvis, di mana ia juga merupakan minyak enjin multigred berasaskan mineral berkelikatan rendah yang diformulasikan untuk kenderaan kompak. Antara kebaikannya adalah ia melindungi enjin semasa ‘cold start’, selain menawarkan kestabilan suhu tinggi, ketahanan terhadap enap cemar dan karat, serta tahap penggunaan bahan api yang lebih rendah.
  • SynGard 2000 SAE 20W-50 – Akhir sekali, SynGard 2000 merupakan minyak enjin multigred berasaskan mineral tugas berat yang dibangunkan khas untuk enjin petrol dan diesel baharu dan lama. Selain kestabilan suhu tinggi, ketahanan terhadap enap cemar dan karat, ia juga menawarkan pengoksidaan yang stabil.

Kenderaan komersial

BHPetrol Trans
  • Trans Revo 4X SAE 5W-40 – minyak enjin sintetik penuh
  • Trans Super SAE 15W-40 – minyak enjin diesel multigred
  • Trans Diesel SAE 20W-50 – minyak enjin diesel multigred premium
  • Trans HDX Plus SAE 40 – minyak enjin monogred berprestasi tinggi
  • Trans HD 40 SAE 40 – minyak enjin berkualiti tinggi

Motosikal (4 lejang)

BHPetrol Dash
  • Dash 800 4T SAE 10W-40 – sintetik penuh
  • Dash 600 4T SAE 10W-40 – semi sintetik
  • Dash 300 4T SAE 20W-50 – berasaskan mineral
  • Dash 200 4T SAE 40 – berasaskan mineral

Motosikal (2 lejang)

BHPetrol Dash
  • Dash 800 2T – sintetik penuh
  • Dash 600 2T – semi sintetik
  • Dash 300 2T – berasaskan mineral
  • Dash 200 2T – berasaskan mineral

Portfolio produk BHPetrol turut merangkumi bendalir transmisi automatik (ATF), minyak gear untuk transmisi manual, minyak hidraulik serta minyak pemindahan haba (heat transfer oil) di dalam tong drum besi.

Bendalir transmisi automatik (ATF)

BHPetrol ATF
  • ATF DX2
  • ATF DX 3

Minyak gear

  • Gear Oil 90 EP
  • Gear Oil 140 EP
  • Gear Oil 80W90 EP

Minyak gear industri

BHPetrol - Produk
  • ISO Grade 150, 220, 320 & 460

Minyak pemindahan haba

  • Heat Transfer Oil 32

Minyak hidraulik

  • ISO VG 32,46, 68 & 100

Produk sampingan

Produk sampingan BHPetrol
  • Bendalir brek DOT 3
  • Bendalir brek DOT 4
  • Penyejuk radiator
  • Air bateri
Previous post

Suzuki GSX-R150, GSX-S150 Dan Belang Sah Lancar Akhir Tahun Ini

Next post

Model Hyundai Tucson 2021 Akan Dipasang Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.