Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki GSX-R150, GSX-S150 Dan Belang Sah Lancar Akhir Tahun Ini

Pada bulan lalu, Suzuki Malaysia merasmikan kepulangan mereka ke pasaran Malaysia dengan pelancaran enam model berkuasa tinggi. Bagaimanapun, jika diamati komen-komen yang ditinggalkan di laman media sosial syarikat itu, ramai yang bertanya, bilakah model-model berkapasiti kecil seperti Belang, GSX-R150 dan GSX-S150 akan dilancarkan. Persoalan itu akhirnya terjawab juga hari ini.

Dalam satu penstriman langsung di Facebook, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan Pengurus Besar dan Pengarah, Dato’ Jeffrey Lim dan mengesahkan bahawa ketiga-tiga model yang ditunggu-tunggu itu akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Apa yang menarik, syarikat itu sempat ‘mengacah’ model-model tersebut semasa sesi soal jawab bersama peminat.

Dato’ Jeffrey berkata model-model 150 cc itu sepatutnya sudah dilancarkan setahun yang lalu namun pandemik COVID-19 memaksa Suzuki Malaysia untuk menangguhkannya.

Spesifikasi Suzuki GSX-R150

  • Enjin: sejukan cecair, DOHC empat lejang, silinder tunggal
  • Sesaran: 147.3 cc
  • Kuasa: 19 hp @ 10,500 rpm
  • Tork: 14 Nm @ 9,000 rpm
  • Berat: 131 kg

Spesifikasi Suzuki GSX-S150

  • Enjin: sejukan cecair, DOHC empat lejang, silinder tunggal
  • Sesaran: 147.3 cc
  • Kuasa: 19 hp @ 10,500 rpm
  • Tork: 14 Nm @ 9,000 rpm
  • Berat: 130 kg

Spesifikasi Suzuki Belang

  • Enjin: sejukan cecair, DOHC silinder tunggal
  • Sesaran: 147.3 cc
  • Kuasa: 18.2 hp @ 10,000 rpm
  • Tork: 13.8 Nm @ 8,500 rpm
  • Berat: 109 kg
Previous post

Apakah Yang Akan Dilancarkan Oleh UMW Toyota 27 September Depan?

Next post

Rangkaian Minyak Enjin Dan Pelincir BHPetrol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *