Berita Auto

BHPetrol Mula Jual Petrol Infiniti RON95 Euro4M

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan bahawa petrol Infiniti RON95 keluarannya kini telah dinaik taraf kepada Euro4M, sejajar dengan arah kerajaan supaya semua syarikat petroleum membekalkan RON95 gred Euro4M bermula 1 Januari 2020.

“Lori tangki kami telah menghantar BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M ke stesen di seluruh negara sejak minggu-minggu terakhir 2019. Kami berbangga untuk mengesahkan bahawa stesen BHPetrol kami di seluruh negara kini membekalkan petrol Infiniti RON95 dengan standard Euro4M,” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd.

BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M

Dengan Euro4M, kandungan sulfur mengurang kepada 50 bahagian per juta (ppm) dari 500 ppm yang dibenarkan bagi standard Euro2M. Kandungan sulfur lebih rendah akan menghasilkan pelepasan ekzos yang lebih bersih, mengurangkan tahap asid enjin dan sistem penghataran bahan api yang tidak tersumbat.

Seperti Infiniti RON97 Euro4M, petrol RON95 Euro4M turut mengadungi aditif berprestasi tinggi pada kekuatan maksimum iaitu 800 ppm. Aditif ini mempunyai pelbagai fungsi seperti membersihkan dan mencegah pembentukan deposit dan mengurangkan geseran dalaman.

Petrol Infiniti RON95 Euro4M boleh didapati di semua 400 stesen BHPetrol di seluruh negara.

Previous post

Volkswagen Passat Elegance Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Apa Sudah Jadi Dengan Pelancaran VW Arteon Di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *