Bisnes

Kedai Cuci, Aksesori, Pengedaran, Jualan Kereta Dibenarkan Beroperasi

Turut dibenarkan beroperasi adalah sektor pembuatan.

Kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan awal hari ini mengumumkan pembukaan sektor ekonomi dengan syarat-syarat SOP yang ketat.

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mempertimbangkan kemudahan-kemudahan lain dengan memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat; ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; serta kesejahteraan rakyat.

Penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang diumumkan terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu- individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus. Maka, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila kemudahan-kemudahan ini mula berkuatkuasa. Perincian garis panduan bagi kemudahan-kemudahan yang saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu terdekat.

KEMUDAHAN SEKTOR PERDAGANGAN DAN PENGEDARAN FASA 1 PPN

Sehubungan itu, setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan setelah berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan, Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:

1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10.Kedai barang kemas
11.Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) – terdapat SOP-SOP kesihatan tambahan yang MESTI dipatuhi. Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap. Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

KEMUDAHAN SEKTOR PERDAGANGAN DAN PENGEDARAN FASA 2 PPN

Sehubungan itu, setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan setelah berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan, Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:

  1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
  2. Kedai barangan terpakai;
  3. Kedai bunga dan nurseri;
  4. Kedai kraftangan dan cenderahati;
  5. Kedai antik;
  6. Kedai alat permainan;
  7. Kedai permaidani;
  8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
  9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain- lain);
  10. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
  11. Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik);

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Volvo-Cars-Fossil-Free-Steel-factory-floor-2.0

KEMUDAHAN BEROPERASI BAGI SEKTOR PEMBUATAN, PEMBINAAN, PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN

Dalam pada itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju membenarkan semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian kembali beroperasi bermula 16 Ogos 2021 di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 PPN. Namun kapasiti pengoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.

Inilah Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkenaan dengan lebih maklumat:

Previous post

Mengapa Mercedes Melambatkan Kenderaan Elektrik Malaysia

Next post

Ini Dia Lamborghini Countach LPI 800-4

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *